Tuesday, October 18, 2011

Stesen Minyak Yang Mengutamakan Tempat Solat

Hari ini,tanggal 08 Oktober 2010( Jumaat )-seperti biasa aku dengan rutin harianku.Selepas aku antar anak2 tuisyen,terus aku ke pasar tani untuk membeli segala keperluan dapur.Biasanya hubbyku yg lakukan semua kerja ni.Sekembalinya aku ke rumah dengan membawa sarat barangan keperluan dapur termasuklah sarapan pagi untuk hari ini,kami sarapan bersama,bagi anak2 yg tiada kelas tuisyen hari ini.Kemudian,macam biasalah,aku mula mengemas rumah,mencuci pakaian,memasak.Lepas tu antar anak n hubby ke masjid utk solat jumaat.Sementara menunggu mereka siap tunaikan solat jumaat,aku ke rumah kakak yg berhampiran utk tunaikan solat zohor.Selepas itu kami balik dan makan tengah hari bersama.Selesai semuanya,ari ni aku sempat rebahkan belakang ke tilam.Aduh,lega rasanya.....

Sebelah petangnya aku terus solat asar dan bergegas ke asrama anak perempuanku di salah sebuah sekolah di Bachok,Kel.Aku bersama dua org anak lelakiku yg sentiasa menjadi body guardku ke sana ke mari utk lakukan rutin harian luar rumahku.Ari ni aku agak lewat ke asrama anak pompuanku.Azamn maghrib dah dialunkan,aku masih lagi di asramanya.Aku berbincang dengan anak lelakiku..".kat mana nak solat maghrib ni?Takkan nak solat kat asrama ni?" Aku terus memandu kereta pulang sambil mengintai2 mana2 masjid utk sama2 kami dirikan solat maghrib yg semestinya punya waktu yg terlalu singkat.

Sambil2 meninjau tu,anak lelaki sulungku syorkan agar aku berhenti saja di stesyen minyak Caltex yg lokasinya di antara Jalan bachok dengan bangu,Kota Bharu.Sebaik sahaja aku memasuki stesyen minyak ini,rasa teruja jua dengan jumlah kereta dan motosikal yg berderet banyaknya.Pemandunya turun mengerjakan solat,sementara anak-anak kecil asyik bermain di taman permainan yang telah disediakan oleh pemilik stesyen minyak ini.Ada juga yang makan-makan sambil berbual-bual setelah selesai kerjakan solat.

Aku terus mencari tempat solat perempuan,sementara anakku mencari tempat untuk solat lelaki.Bila saja aku membuka pintu untuk mengambil wuduk,wah rasanya begitu teruja sekali dengan prasarana yang disediakan oleh pemilik stesyen minyak ini.Dengan tempat mengambil wuduk di dalam bilik bersekali dengan tempat solat,amat memudahkan kami para wanita untuk berwuduk.Ramai juga jemaah wanita yang mengerjakan solat bersamaku.Selesai sahaja solat,aku bertekad untuk mengenali empunya stesyen ini.Sambil mataku melilau sekeliling,aku terpandang ke arah seorang wanita yg sedang berwirid dan bersandar pada dinding.nampak macam tidak bergegas-gegas untuk mengemaskan telekung solat spt orang2 lain.keadaannya macam menunggu masuknya waktu isyak.Aku terus bersalaman dengannya dan cuba bertanya:"Puan,adakah puan ni pemilik stesyen caltex ni?"Sedikit terkejut wanita yg separuh umur ini bila aku lontarkan pertanyaan sebegini.Dia terus mengangguk dan menjawab "ya".Macam biasalah aku yg sememangnya "mesra alam" ni terus bertanya itu dan ini.Daripada apa yg kami bualkan itu,aku dapati pemilik Caltex ini memang seorang yang hebat,mengutamakan solat,amal jariah....Alhamdulillah jika ramai antara pemilik stesyen minyak mempunyai pendirian yg sama dengan wanita ini.Sebuah stesyen minyak yang lengkap dengan masjid,tandas,taman permainan,pasar mini,yang serba lengkap disediakan untuk kemudahan para pelanggan dan mengutamakan solat dalam kehidupan seharian hatta sanggup korbankan harta ke arah kebaikan.

Stesyen minyak ini tidak beroperasi selang masa antara maghrib dan isyak,demi memberi laluan kepada para pekerjanya menunaikan ibadah solat dan mendengar tazkirah yg disampaikan oleh imam di masjid tersebut.Semoga pengorbanan pemilik stesyen Caltex ini akan mendapat ganjaran dan balasan yg setimpal dari Yang Maha Esa.Jua moga2 ramai lagi para usahawan Islam yg tampil dengan ekonomi yang kukuh dan rela mengorbankan harta dan tenaga utk menyediakan tempat2 solat yg selesa sebegini dan jua mengutamakan solat dalam kehidupan seharian.Segunung tahniah dan selaut terima kasihku buat pemilik stesyen minyak ini.....Moga2 rezeki yg diperolihinya sentiasa mendapat barakah dari Allah Azzawajalla.....

Stesen minyak caltex...operasinya dihentikan selang masa antara maghrib dan isyak...

bangunan masjid dan tandas yg selesa...

pintu masuk ke masjid/surau...

tuan punye stesyen caltex

No comments:

Post a Comment

ON9 BIZ

Ping Busuk