Tuesday, October 18, 2011

Kursus kepimpinan Briged Bestari

Tanggal 13 Oktober 2010-Satu "Kursus kepimpinan Briged Bestari"telah diadakan di makmal Komputer Skkk1.Antara aspek yang diketengahkan dalam kursus ini adalah Asas ICT,Kolaborasi Atas Talian dan Asas Grafik.Kursus ini adalah bertujuan untuk memantapkan para pengawas ICT atau lebih dikenali dengan Briged Bestari Skkk1 dengan ilmu komputer,paling kurang asas-asas komputer.Kursus ini dibahagikan kepada dua kumpulan di mana kumpulan pertama mengikuti kelas mereka di makmal Hotmai.com di mana bagi kumpulan ke dua pula berlangsung di makmal Yahoo.com.Para penceramah dan fasilitator adalah terdiri dari guru-guru Skkk1 yang terpilih dan mempunyai asas ICT.seramai 58 orang murid terlibat dalam kursus ini.Kursus ini diadakan sebagai memenuhi Sasaran Kerja Tahunan ( SKT ) Unit ICT SKKK1 di mana akan memperluaskan pembudayaan ICT di kalangan warga Skkk1 hingga ke tahap yang maksimum.Ianya juga selaras dengan agenda kebengsaan di mana pada tahun 2010 ini,semua sekolah di Malaysia mesti bestari.
Untuk itu,jawatankuasa ICT Skkk1 telah merangka satu plan strategik ke arah pembudayaan ICT warga Skkk1.....Kursus ini adalah salah satu cabang ke arah pembudayaan ICT di Skkk1.Kursus sebegini dijangka akan diperluaskan kepada pemimpin-pemimpin lain seperti pengawas sekolah,pengawas Pusat Sumber,Pengawas Buku Teks,Ketua-ketua dan Penolong-penolong Ketua Darjah dan mengikut aliran pula.Kursus ini telah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan daripada peserta,guru-guru dan juga ibubapa.Pihak pengurusan sekolah sangat berpuas hati dengan sambutan yang diberikan dan juga kelicinan perjalan kursus ini.Semoga dengan latihan-latihan yang diberikan ini akan mempercepatkan proses pembudayaan ICT di skkk1.

Suasana semasa kursus sedang berlangsung.....
sesi soal jawab...

No comments:

Post a Comment

ON9 BIZ

Ping Busuk