Friday, December 17, 2010

::Lokasi-lokasi menarik Negeri kelantan::






Jika anda berkunjung ke negeri Cik Siti wan kembang ini...anda akan temui lokasi-lokasi yang menarik...

Wednesday, December 15, 2010

Stesen Minyak Yang Mengutamakan Tempat Solat




Hari ini,tanggal 08 Oktober 2010( Jumaat )-seperti biasa aku dengan rutin harianku.Selepas aku antar anak2 tuisyen,terus aku ke pasar tani untuk membeli segala keperluan dapur.Biasanya hubbyku yg lakukan semua kerja ni.Sekembalinya aku ke rumah dengan membawa sarat barangan keperluan dapur termasuklah sarapan pagi untuk hari ini,kami sarapan bersama,bagi anak2 yg tiada kelas tuisyen hari ini.Kemudian,macam biasalah,aku mula mengemas rumah,mencuci pakaian,memasak.Lepas tu antar anak n hubby ke masjid utk solat jumaat.Sementara menunggu mereka siap tunaikan solat jumaat,aku ke rumah kakak yg berhampiran utk tunaikan solat zohor.Selepas itu kami balik dan makan tengah hari bersama.Selesai semuanya,ari ni aku sempat rebahkan belakang ke tilam.Aduh,lega rasanya.....

Sebelah petangnya aku terus solat asar dan bergegas ke asrama anak perempuanku di salah sebuah sekolah di Bachok,Kel.Aku bersama dua org anak lelakiku yg sentiasa menjadi body guardku ke sana ke mari utk lakukan rutin harian luar rumahku.Ari ni aku agak lewat ke asrama anak pompuanku.Azamn maghrib dah dialunkan,aku masih lagi di asramanya.Aku berbincang dengan anak lelakiku..".kat mana nak solat maghrib ni?Takkan nak solat kat asrama ni?" Aku terus memandu kereta pulang sambil mengintai2 mana2 masjid utk sama2 kami dirikan solat maghrib yg semestinya punya waktu yg terlalu singkat.

Sambil2 meninjau tu,anak lelaki sulungku syorkan agar aku berhenti saja di stesyen minyak Caltex yg lokasinya di antara Jalan bachok dengan bangu,Kota Bharu.Sebaik sahaja aku memasuki stesyen minyak ini,rasa teruja jua dengan jumlah kereta dan motosikal yg berderet banyaknya.Pemandunya turun mengerjakan solat,sementara anak-anak kecil asyik bermain di taman permainan yang telah disediakan oleh pemilik stesyen minyak ini.Ada juga yang makan-makan sambil berbual-bual setelah selesai kerjakan solat.

Aku terus mencari tempat solat perempuan,sementara anakku mencari tempat untuk solat lelaki.Bila saja aku membuka pintu untuk mengambil wuduk,wah rasanya begitu teruja sekali dengan prasarana yang disediakan oleh pemilik stesyen minyak ini.Dengan tempat mengambil wuduk di dalam bilik bersekali dengan tempat solat,amat memudahkan kami para wanita untuk berwuduk.Ramai juga jemaah wanita yang mengerjakan solat bersamaku.Selesai sahaja solat,aku bertekad untuk mengenali empunya stesyen ini.Sambil mataku melilau sekeliling,aku terpandang ke arah seorang wanita yg sedang berwirid dan bersandar pada dinding.nampak macam tidak bergegas-gegas untuk mengemaskan telekung solat spt orang2 lain.keadaannya macam menunggu masuknya waktu isyak.Aku terus bersalaman dengannya dan cuba bertanya:"Puan,adakah puan ni pemilik stesyen caltex ni?"Sedikit terkejut wanita yg separuh umur ini bila aku lontarkan pertanyaan sebegini.Dia terus mengangguk dan menjawab "ya".Macam biasalah aku yg sememangnya "mesra alam" ni terus bertanya itu dan ini.Daripada apa yg kami bualkan itu,aku dapati pemilik Caltex ini memang seorang yang hebat,mengutamakan solat,amal jariah....Alhamdulillah jika ramai antara pemilik stesyen minyak mempunyai pendirian yg sama dengan wanita ini.Sebuah stesyen minyak yang lengkap dengan masjid,tandas,taman permainan,pasar mini,yang serba lengkap disediakan untuk kemudahan para pelanggan dan mengutamakan solat dalam kehidupan seharian hatta sanggup korbankan harta ke arah kebaikan.

Stesyen minyak ini tidak beroperasi selang masa antara maghrib dan isyak,demi memberi laluan kepada para pekerjanya menunaikan ibadah solat dan mendengar tazkirah yg disampaikan oleh imam di masjid tersebut.Semoga pengorbanan pemilik stesyen Caltex ini akan mendapat ganjaran dan balasan yg setimpal dari Yang Maha Esa.Jua moga2 ramai lagi para usahawan Islam yg tampil dengan ekonomi yang kukuh dan rela mengorbankan harta dan tenaga utk menyediakan tempat2 solat yg selesa sebegini dan jua mengutamakan solat dalam kehidupan seharian.Segunung tahniah dan selaut terima kasihku buat pemilik stesyen minyak ini.....Moga2 rezeki yg diperolihinya sentiasa mendapat barakah dari Allah Azzawajalla.....

Ridel Hotel-Utamakan Solat Berjemaah

Aku kalau nak mulakan perjalanan,faktor utama yg aku lihat adalah tempat atau ruang solat.Sebagai pompuan,susah bagi kami nak kerjakan solat di tempat yg sembarangan....apa tidaknya,kita perlu ambik wudhuk di tempat yg dikira terlindung dari pandangan mata lelaki ajnabi.Bukan kite yg nak semua tu,tapi memang dah ditetapkan oleh syariat....

Tanggal 20 julai 2010,baru-baru ini,aku telah menghadiri satu pembentangan bagi mambantu Guru Besar sekolahku yang diminta berkonsgi amalan terbaik yang dilakukan di sekolah ke arah pembestarian sekolah.....Bagi memenuhi satu slot dalam "Taklimat pemantapan Pengurus Bestari Bagi Pentadbir" telah diadakan di Ridel Hotel pada 19 hingga 21 julai 2010.GB aku,Tuan Hj.Mohamed b Che Noh telah hadir ke kursus tersebut dan dalam satu slot,beliau telah diminta untuk berkongsi dengan para peserta lain yang terdiri daripada guru-guru besar dan Pengetua Zon Pantai Timur mengenai "Amalan Terbaik" yang telah dilaksanakan di sekolah.Skkk1 telah diminta untuk mengadakan suatu slide show untuk dikongsi bersama guru-guru besar dan pengetua lain mengenai pembudayaan ICT di sekolah.GB diminta untuk melakarkan apa jua amalan terbaik yang bisa melonjakkan sklh kami mencapai lima bintang dalam Penarafan SSQS (SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS)sepanjang tahun 2009 yang lepas.Beliau juga diminta untuk berkongsi amalan terbaik dengan para peserta mengenai segala perancangan dan pelaksanaan yang telah dilakukan di sekolah.Skop perbincangan adalah mengenai: 1) Menyediakan Khidmat Bantu ICT. 2) Membuat servis inisiatif ICTS. 3) Peraduan Multimedia peringkat sekolah dan kejayaan yg dicapai 4) Penambahbaikkan semula Blog Rasmi Sekolah. 5) Mengadakan Kursus Latihan Portal Eduweb TV KPM. 6) Mengadakan Kursus Asas Komputer kepada Ahli Kelab Komputer. 7) Kelas ICTL kepada pelajar Tahun 1,2 & 3 8) Mengadakan Kursus IES .

Jadi untuk membantu GBku ini ,maka aku sebagai GPB sekolah bersama penolongku telah turut dijemput.Memandangkan aku tidak terlibat secara langsung dalam taklimat tersebut,maka aku tak ambil bilik.Aku hanya hadir pada slot pembentangan sahaja.Sesampai saja aku di lobi Hotel,aku melilau2kan mataku mencari di mana Gbku berada.Bila terpandang beliau yg sedang tercatuk di meja makan,aku terus masuk dan duduk di salah satu kerusi.Gb dah siap makan tengah hari.Aku dipelawa makan....kebetulan aku dari sekolah,belum lagi makan,aku pun terus menyenduk sedikit juadah utk tgh hari tu....Sedang aku makan,kuping telingaku terdengar laungan azan dalam hotel tersebut...aku tertanya2,dari mana bunyi azan yg begitu jelas.nak kata dari masjid Muhammadi,bunyinya macam dalam hotel jer....pastu aku dengar satu pengumuman yang berbunyi...."semua pekerja dijemput mengerjakan solat zohor,memandangkan waktunya telah masuk" Wah...cukup teruja aku mendengar,betapa solat sangat dijaga di sini....Lebih daripada mana2 tempat yg pernah aku hadiri atau tempat aku bekerja....Sebaik saja selepas makan tengah hari,aku terus ke tingkat 1,mencari2 dewan tempat Gb n pengetua bermesyuarat.Aku bagitau Gb bahawa aku belum lagi solat dan meminta kebenaran utk solat.Gb tunjukkan aku tempat solat.Wah sekali lagi aku teruja kerena di sini ada satu ruang yang disediakan....Satu ruang yg agak luas dan dinamakan musalla .Di sini ada ruang solat lelaki dan ruang solat perempuan.Aku masuk ke ruang solat perempuan dan rasa amat gembira kerana tempat berwuduknya adalah di sebelah dalam....senang utk aku tanggalkan tudung dan berwuduk....Alhamdulillah ya Allah...syukur sangat!!!!

Sebelum aku bersolat,aku terpandang dua orang perempuan sedang memerhati gelagatku sambil tersenyum.Aku yg membawa hand bag bersama note book di atas belakangku,membuatkan mereka cam bahawa aku akan menghadiri mesyuarat tu...cuma mungkin yg jadi tandatanya mengapa aku solat di sini???bukan di bilik hotel macam peserta la.Note book tu aku letakkan bersama hand bag di sebelah tempat aku solat.Selesai sahaja solat dan berdoa,aku hulurkan tangan bersalaman dgn dua org wanita yg sejak tadi memerhatikan aku....seperti biasala...aku yg "mesra alam" ni terus saja mengomong....mereka berdua tu terus bertanya aku itu dan ini...aku pun apa lagi terus juga bertanya itu itu dan ini.....daripada apa yang kami bualkan.aku dapat tahu bahawa hotel ni sememangnya menitik beratkan solat bagi setiap pekerjanya.solat pula diminta dilakukan secara berjemaah dan disediakan sistem "punh card".Jadi dengan sendirinya setiap pekerja yang kuren ngn solat ni pun jdi melekat solatnya.....wah!! sekali lagi rasa teruja aku terhadap pemilik hotel ni.Aku terus lagi mengomong...rupa-rupanya orang yg aku ngomong ni adalah isteri kepada pemilik hotel dan sorang lagi pegawai eksekutifnya yg sama2 mengerjakan solat d situ.Aku terus melahirkan ucapan tahniah buat pemilik hoitel ini dengan kataku:"Alhamdulillah..kiranya ramai pengusaha hotel di malaysia ni macam puan,maka akan terjagalah solat umat Islam yg merupakan pekerja2 dri pelbagai peringkat umur....saya doakan moga2 rezeki puan akan terus bertambah dan sentiasa diberkati.Selepas bersalaman,aku terus ke dewan untuk urusan pembentangan.....

semoga Ridel Hotel yang lokasinya di tepi Sungai Kelantan yang damai ini akan terus dirahmati Allah dan muncul sbg sebuah hotel yg paling berprestij di tanah air......


::Bentuk Penipuan Siber::

Dunia tanpa sempadan...segalanya mungkin berlaku.....round dunia main petik hujung jari jer...
Namun dlm ghairah melayari dunia maya ni...kita semua harus berhati2 dan waspada...
beruntunglah bagi mereka yg memiliki kemahiran IT yg tinggi ...pelbagai bentuk jenayah kolar putih berbentuk maya blh dilakukan......
begitu jua bagi mereka yg punya kemahiran bebahasa yg tinggi....pandai mengarang...pandai bermain kata...pandai mencipta metafora,personifikasi,diksi,dan apalagi si...si.. si... semuanya memberi keuntungan kepada mereka bagi memancing mangsa yg baru mengorak langkah ke dunia globalisasi tanpa sempadan ini....kolaborasi maya semakin diminati ,malah jdi kebanggaan... penggunaannya makin meluas....namun,hati-hatilah semua...sya berpesan pd diri sya dan rakan2 semua......Walau sejauh mana kita pandai menyembunyikan fakta...."kedua malaikat sebelah kanan dan kiri kita sentiasa akan mencatat tiap patah yg kit atulis atau buat...malah Allah sentiasa merakam tiap geraklaku kita sebagaimana peralatan canggih yg kita guna di zaman IT ni merakam tiap gerak laku yg kita kehendaki....

lbh kuren sama ngn handycam...blh rakam n putarkan kembali...apa yg penting..."nawaitu kita..."Allah tahu apa yg tersembunyi...walau sebesar zarrah atau walau dalm kelam malam....hatta seekor semut hitam yg berjalan di tengah2 kepekatan malam pun Allah boleh melihatnya.....Apa tujuan kita berFB ni sememangnya Allah tahu.....
Sama-sama kita renungkan print screen di bawah dan kita akan dapat tahu bagaimana caranya mamat2 ni gunakan teknik untuk pancing wanita!!!

Print screen daripada PM fb yang kurakam...

Yang ni lagi lucu...aku jawab dalam bahasa Melayu...tut..tut..Mar salih ni paham...


In pula respon dari rakan2 Fbku...

Saturday, September 11, 2010

::Syawal Yang Dinanti::

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين
Setelah sepurnama kita sempurnakan ibadah puasa,maka tibalah hari yang dinantikan oleh seluruh umat Islam di dunia untuk meraikan kejayaan dan kemenangan mengekang hawa nafsu...
Syawal yang dinantikan pasti tiba jua....Ketibaan syawal membawa pelbagai persepsi terhadap individu yang bergelar Muslim.saat ini,ramai yang berkata dirinya sedih lantaran Ramadhan akan kita tinggalkan.Apa jua yang kita rasa,samada sedih kerana bakal ditinggalkan kedamaian Ramadhan yang pastinya tidak lagi dirasa dalam bulan-bulan lain atau sedih kerana tidak dapat ganjaran atau rahmat yang banyak daripada Allah SWT terhadap ibadah yang kita lakukan semasa Ramadhan, Ramadhan tetap akan meninggalkan kita.

Perkara pokok yang harus dinilaikan adalah kesan Ramadhan ke atas diri kita,kerana di sinilah dapat kita lihat samada sebenarnya kita sedih atau tidak dengan pencapaian diri sepanjang berada dalam latihan Ramadhan.

Sememangnya Allah SWT sentiasa melimpahkan rahmatNya yang tidak terkira kepada kita tidak kira bulan atau tahun atau hari. Ramadhan merupakan bulan tarbiyah dan bulan bimbingan secara langsung daripada Allah SWT.Seluruh umat islam berkewajipan mengikuti sesi tarbiyah ini samada suka atau tidak.Sebagai hamba Allah,seharusnya setiap saat kembali kepada fitrah tidak kira bulan Ramadhan atau dibulan-bulan lain yang kita lalui.Apa yang membezakan antara bulan Ramadhan dengan bulan-bulan lain adalah, kita disediakan oleh Allah SWT dengan tarbiyah yang diwajibkan. Jiwa kita…diri yang sejati ini disucikan lagi dengan zakat fitrah yang juga diwajibkan. Zakat yang bertujuan untuk melatih diri kita melepaskan harta dunia yang sentiasa diidamkan (nafsu) oleh jasad…emosi dan fikiran.

Mengapa jumlahnya sekadar satu gantang beras? Kerana Allah SWT memberi peluang kepada semua baik kaya atau miskin mampu menunaikan zakat ini. Lalu tidak dibebankan dengan syaratnya agar semua kita sama-sama berpeluang di dalam melatih diri kita melepaskan diri dari keterikatan harta yang sementara tidak kira si miskin atau si kaya.
Di bulan Syawal ini yang perlu kita nilaikan adakah diri sejati ini sentiasa dekat dengan Allah SWT…diri yang bertaqwa.

Di bulan kemenangan inilah kita mampu menilai jelas bagaimana diri kita menyambut hari kemenangan iaitu menang kerana berjaya kembali kepada fitrah. Bukan sebuah kemenangan kerana mampu berpuasa penuh. Atau menang kerana mampu menunaikan solat terawih cukup 30 malam. Atau menang kerana mampu menahan kehendak nafsu di siang hari namun di malamnya tidak ubah seperti sebelumnya.

Apalah makna kemenangan jika kita sekadar berjaya memungut sebanyak mungkin ganjaran Ramadhan sedangkan diri yang sejati masih tidak berubah. Apalah ertinya sebuah kemenangan jika kita masih lagi bersikap tamak, bakhil dan banyak yang tidak puas hati dengan ketentuan Allah SWT. Apalah ada dengan sebuah kemenangan fitrah jika kita merayakan kemenangan dengan sekadar kegembiraan namun tidak menyedari sebuah pengertian kemenangan ini.

Nanti tidak ubah jadinya sama seperti sekadar mengibar bendera Malaysia di musim kemerdekaan untuk menunjukkan kita ini cintakan negara. Sedangkan roh iaitu diri sejatinya entah ke mana.

Sama juga seperti hari raya Aidilfitri. Sekadar pemberian kad yang cantik atau ucapan dari mulut yang manis memohon maaf namun roh iaitu diri yang sejati entah ke mana.

Aidil Fitri atau perayaan fitrah iaitu kemenangan kita kembali kepada fitrah bersama ketaqwaan kepada Allah SWT dalam diri kita. Kita berpuasa…melatih melepaskan jiwa..diri sejati..roh..diri yang sebenar daripada kehendak (nafsu) jasad yang penuh dengan fikiran dan emosi. Kita tidak mahu lagi mengikut kehendak jasad tetapi kita ingin memimpin jasad ke arah yang diilhamkan oleh Allah SWT.

Diri sejati yang ditarbiyahkan dengan puasa dan zakat akan kembali kepada fitrah iaitu sentiasa ingin dekat dengan Allah SWT iaitu menjadi makhluk yang bertaqwa. Diri sejati yang tidak lagi berada di dalam emosi akan kembali memimpin emosi mengubah keberadaannya berada di atas emosi…di atas rasa.

Diri sejati ini yang berjaya kembali kepada fitrah tidak akan menyambut kemenangan dengan penuh pembaziran. Diri sejati tidak akan menyambut kemenangan dengan berpasang-pasang baju yang hanya tujuannya pasti tidak seiring dengan kehendak Ilahi. Diri sejati tidak akan menyambut kemenangan ini dengan maksiat hasil dari pergaulan bebas lelaki dan perempuan.

Diri sejati yang bertaqwa pasti sang jiwa yang sentiasa redha dengan kehendak Allah SWT dan redha dengan sesama makhluk. Apabila redha muncul di dalam jiwa, pasti tiada lagi rasa tinggi, ego, riak, takabur dan sifat mazmummah yang lain.
"Bangunkan emosi kita,bangunkan minda kita ke arah penghayatan yang sebenar"

Sunday, September 5, 2010

::Lagi-lagi Pasal Facebook::

Sebelum aku mengenali facebook dulu,jauh di sudut hati tersimpan hasrat ingin menjinakkan diri dgn laman sosial ni...Meskipun laman-laman seperti ini bukanlah menjadi minatku....Aku hanya melihat sahaja teman-temanku bersembang dan melayani kawan-kawan melalui laman ini.Sememangnya aku bukanlah jenis yang suka pada laman sosial sebegini.Laman-laman sebegini bukanlah menjadi hobiku,lantaran diri ini bukanlah dari katogeri yang pandai bersosial.Aku bukannlah seorang insan yang peramah sedari kecil lagi.Namun,setelah aku terpanggil untuk menyertai laman sosial sebegini,aku mula seronok bersosial....Aku gunakan wadah ini sebgai medan untuk mecari kawan-kawan yang telah terputus hubungan sekian lama,teman-teman sejawat waris-waris yang berada jauh di perantauan,teman-teman yang sama kursus,sebagai personal web yang paling simpledan mesra pengguna,menyebabkan aku mula menyukainya.....Sehari tak mengadap pc atau notebook,melayari laman ini,rasanya bagai ada sesuatu yang kurang dalam hidupku....
Namun,dalam keseronokan berfacebook,aku mula merasakan ada sesuatu jua yang kurang,yang telah aku tinggalkan....yakni masa.Masa yang sememangnya tidak boleh ditukar ganti dan dibayar dengan wang ringgit.Berapa jamkah sehari kita telah menggunakannya untuk melayan laman sosial ini???Sesekali ku fikirkan...rasa macam dah tak nak layan dah fb ni, menyampah sangat bila kenangkan sesuatu hal yang remeh pun dibincang dalam ni.Pun begitu,bila aku berdepan dengan urusan kerja yang sememangnya memerlukan aku menggunakan facebook,aku mula berfikir dua kali.FB oh FB...kaulah racun dan kaulah penawar....Sampai saat ini aku masih lagi ber facebook... .Apapun sama seperti fungsi pisau adalah digunakan untuk memotong.....Namun ada jua insan yang menggunakan pisau untuk tujuan membunuh....Di tangan kitalah letaknya fungsi pisau itu...

Friday, September 3, 2010

::Peringatan Buat Diriku Yang Alpa:: - Fb Oh Fb::

Sekadar renungan dan peringatan untuk diri sendiri dan dikongsi bersama rakan-rakan...

Dalam kita asyik melayan facebook,kita jua harus berhati-hati dan gunakan fb sebagai wadah untuk sama-sama mencari ilmu dan nasihat yang berguna....jangan jadikan fb sbg tempat untuk melontar kata-kata kesat,berkelahi atau membuka keburukan orang lain.Jua jangan sampai rumah tangga lintang-pukang dan kepada penjawat-penjawat awam,jangan hendaknya terlalu banyak menghabiskan masa di depan komputer atau notebook semata-mata bertanya khabar kawan,apa yg dibuat,apa yg dimasak,tentang anak-anak,suami,isteri,hingga mencuri masa bekerja kita semua....Sebaliknya jadikan fb ini ke arah kolaborasi dunia tanpa sempadan dengan penuh hikmah..kongsi apa-apa yg patut dan ingatlah :Fb adalah suatu rancangan Yahudi.....ikuti url ini:
Alat/Matatelinga Yahudi
Pesanan Untuk diriku yang sentiasa alpa....

::Pembangunan Rohani utk Bulan Ramadhan::

SANTAPAN ROHANI DI DALAM BULAN RAMADHAN

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين .

Seandainya peniaga mencari peluang atau musim baik untuk mendapat keuntungan besar dari perniagaannya , maka begitu juga bagi orang-orang mukmin dalam menyambut bulan Ramadhan sebagai musim yang teristimewa, mereka mempastikan perolehan pahala sebesar-besarnya daripada Allah dengan penuh yakin di mana Allah akan memberi gandaan pahala amalan-amalan baik yang dikerjakan di dalam bulan Ramadhan daripada sepuluh kali kepada tujuh ratus kali ganda pahala dan tidak terhingga lagi banyaknya.

Bagi memperolehi keuntungan yang besar ini, setiap orang mukminin di tuntut supaya memberi perhatian sewajarnya kepada perkara-perkara berikut,

1. Bulan Ramadhan musim mencari keuntungan pahala yang besar untuk akhirat sekali setahun.
2. Bulan Ramadhan musim pembebasan daripada neraka , musim pengampunan dosa terdahulu dan kemudian dan musim pintu syurga dibuka terusan.
3. Bulan Ramadhan musim memperdekatkan diri kepada Allah dengan melakukan amalan kebajikan dan ketaatan.
4. Bulan Ramadhan musim memperkayakan sifat-sifat mahmudah dan menghapuskan sifat-sifat mazmumah pada seseorang.
5. Bulan Ramadhan musim limpahan rahmat dan hidayat Al-Quran untuk manusia dan musim memperdekatkan diri secara sungguh-sungguh kepada Al-Quran (memabaca Al-Quran dan bertadarrus)

Sama-samalah kita berusaha memperolehi sebanyak-banyak keuntungan pahala di dalam bulan Ramadhan dengan amalan-amalan ketaatan kepada Allah. Risalah ini menghidangkan secebis panduan yang difikir berguna kepada kita semua untuk dimanafaatkan di sepanjang bulan Ramadhan AlMubarak.

Friday, March 12, 2010

Pembangunan Merosakkan Keindahan Alam???

Di sebalik pembangunan yang dilaung-laungkan...sedarkah kita betapa kerdilnya kita bila berdepan dengan pembangunan yang melibatkan kemusnahan alam sekitar.Apalagi yang musnah itu adalah kampung halaman sendiari...Tempat tumpah darah sendiri..
Di saat para pembangun sedang riuh rendah memperkatakan pembangunan...pemodenan...kemajuan...dan papa-apa lagi....Sedarkah kita di sebalik pembangunan yang diwar-warkan ini....ada insan yang tersiksa di sebalik pembangunan ini...kenapa??mengapa??? Cuba kita renung bersama......
Jika anda ada sebarang cerita menarik di sebalik pembangunan.....Sila kongsi bersama.Anda boleh menghantar curahan rasa di ruangan hantar bahan/upload bahan/cerita.

ON9 BIZ

Ping Busuk