Saturday, October 22, 2011

Kursus Peningkatan ICTL

Perkongsian Dan Pencerapan Dunia Sains & Teknologi ( DST )

Mengimbau nostalgia silam dalam kerjayaku sebagai seorang Guru Penyelas Bestari Sekolah,rasanya tidak menjadi suatu kesalahan jika aktiviti sekolah yang melibatkan pengajaran pembelajaran berteraskan komputer dikngsi bersama.

Tanggal 14 Februari 2011,Penolong Pengarah ICT ,Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan telah datang ke Sk.kubang Kerian 2 dalam rangka lawatan beliau bagi melihat sejauh mana perjalanan Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang melibatkan subjek Dunia Sains Dan Teknologi.Guru yang dicerap pada masa itu adalah Puan Junaidah Bt. Ahmad.Puan Zuriah telah memberi penerangan yang begitu jelas sekali mengenai cara-cara menulis dalam buku rancangan mengajar,cara-cara mengajar Tenologi Maklumat dan Komunikasi ( TMK) dalam DST.Puan Zuriah juga telah membuat sedikit demonstrasi atau tunjukcara bagaimana untuk mengajar dengan berkesan agar suasana P&P menjadi lebih diminati oleh murid-murid seawal Tahun 1.Sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran itu,Puan Zuriah melahirkan rasa bangganya terhadap pengetahuan sedia ada murid-murid ini di mana apabila ditanya mengenai web browser,hampir separuh kelas telah dapat menjawab......Walau bagaimana pun sesi perjumpaan dengan guru-guru Tahun 1 tidak sempat diadakan lantaran bertindan dengan mesyuarat guru untuk persediaan mesyuarat agung PIBG yang akan diadakan pada 19 Februari 2011 bersamaan dengan hari Sabtu.Puan Zuriah akan datang semula ke Skkk2 pada minggu hadapan.Guru-guru Tahun 1 diminta bersedia.

Puan Zuriah sedang membuat demonstrasi....cara mengajar DST dengan betul

Tuesday, October 18, 2011

Post Mortem "Malaysia Cybergames Festival peringkat kebangsaan "

...Cyber Jaya-6 mei 2011,Pasukan Kelantan telah dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga dalam pertandingan cyber games peringkat kebangsaan yang berlangsung selama 2 hari bermula 4-5 Mei di Dewan Cyber Jaya.Pertandingan ini merupakan lanjutan daripada pertandingan yang diadakan di peringkat negeri pada 30 Mei 2010 yang lalu.Dalam pertandingan merebut juara peringkat negeri,sebanyak 31 buah sekolah telah mengambil bahagian.Juara pada peringkat negeri telah dimenangi oleh Sk.Kubang Kerian 1.

Memandangkan beberapa masalah yang tak dapat dielakkan,maka pertandingan di peringkat kebangsaan telah diadakan pada tahun 2011.sebanyak 8 buah negeri telah berentap untuk merebut juara.JPN Kelantan mendapat tempat ke tiga dalam pertandingan tersebut.Tempat ke dua telah dimenangi oleh JPN Perlis,manakala johan jatuh kepada JPN Pulau Pinang."Malaysia Cybergames Festival 2010"peringkat kebangsaan ini telah ditaja oleh MCS,AMD dan Cyberview.Pemenang tempat pertama telah membawa balik hadiah berupa 5 set komputer untuk sekolah,piala dan sijil penghargaan.Tempat ke dua pula, 3 set komputer,piala dan sijil penghargaan,manakala tempat ke tiga pula membawa pulang 2 buah komputer,piala dan sijil penghargaan.

Pasukan dari JPN Kelantan telah dilatih oleh Puan Wan Ramlah Bt.Daud dari Sk.Kubang Kerian 2 dan En.Ruiz b.Ahmed dari Sk.Kubang Kerian 1.Tahniah diucapkan kepada 8 orang peserta dari Sk.kubang Kerian 1 dan juga kepada 2 orang guru pengiring yang juga merupakan jurulatih mereka........Ini adalah mengenenai berita pertandingan tersebut....

Apa yg nak sya utarakan adalah mengenai cara pengendaliannya.Semoga dengan komen2 dari sya dan rakan-rakan yg mewakili negeri masing-masing akan dapat jadikan ianya sebagai panduan.

1.Mengenai pengurusan masa: masa yg digunakan tidak mengikut apa yg telah ditetapkan dalam jadual.sepatutnya mengikut jadual...aktiviti bermula jam 8.00 pgi hgga 6.00 ptg...apa yg berlaku,dri jam 8.00 hgga 8.00 mlm ...setiap hari kami disumbat dgn aktiviti2 yg sangat2 meletihkan.

2.Sistem fasilitator: Apa gunanya ada fesilitator utk tiap kumpulan,jika setiap fesi2 tidak melayan murid2 dlm tiap kumpulan mengikut negeri masing2 dgn adil.Ada fesi yg sampai tolong lukis,color n beri macam2 jenis warna,sdgkan bgi sklh2 n negeri2 tertentu x diberi? kalau nak bagi,bagi semua.Kalau x nak bagi,x pyh bagi utk semua.

3.Hadiah: hadiah yg berupa barangan selalunya akan menjadi isu2 yg kontravesi lantaran banyak sklh yg nak ambil hadiah tu utk pihak sklh,sedangkan yg bertungkus lumus adalah murid2 dan sudah pastinya guru atau pembimbingnya yg jadi juruletih.

Kami para guru x pernah mengira itu semua.kalau kami x sanggup letih,dri awal lgi kami x masuk tanding.Sya sedih bila nak bwa balik murid2 dgn x dapat apa2 hadiah.hadiah 2 set komputer tu adalah utk sekolah.terpaksalah sya dan sorang lgi cikgu...Cg Ruiz berbincang macam mana nak cari hadiah.masa dah suntuk.turun pagi,balik malam...nk tinggal murid,x munasabah.jdi utk elakkan apa2 komen atau rasa kasihan...sya n ruiz pun kutip mana2 duit kami yg ada...call adik sya yg tinggal d putrajaya.kami pun pergi beli t-shirt utk tiap org murid.harga sehelai RM20.Murid 8 oran...jdi semua RM160.In bagi sekolah yg menang.bagi sklh yg x menang,ada ke satu hadiah sagu hati utk murid.jawapannya tidak.takl ada apa2 kecuali sijil penghargaan.bayangkan 4 hari 4 malam mereka d sana...balik hanya dgn sekeping sijil.

4.cara pengadilan: kalau boleh,lain kali markah atau score dipamerkan di skrin...biar semua dpt lihatsemua.penganjur kan ada semua peralatan canggih dan terkini.

5. kriteria pertandingan: asalnya pasal games Mathematics,science n English...main games...pas2 tambah plk vid editing.

kami yg x terima apa2 info sblm tarikh pertandingan ni...meraba2..apa yg perlu diajar kpd murid2.Last2 ajatr la vid editing yg basic punye spt movie maker,adobe photoshop,paint,cara2 rakam vid pakai handycam dsb.Alih2 g ssana kna undur ke belakang...mainnye lukis tangan jer back ground...pas2 g shoot.masa ni murid-murid sya selalu berkelahi...semuanya kuren berseni,tpi psl akademik,group kami ni tip top.apa yg sya kesal...ada sstgh sklh dah terima klu sebulan sblm pertandingan n dah bawa ABM masing2.Adeiiii gelabah la bdk2 yg x bawa.

6.Elaun guru dan belanja makan murid: Segala perbelanjaan makan minum murid dan guru ditanggung.masalahnya ada tercatat dlm surat panggilan tu,elaun guru dibayar.apa yg kami kesal,bagi tiap[ zon tak sama bayarannya.zon Timur dapat RM200 sahaja,Zon Utara RM300,Zon Selatan RM350.Pengurus transport kami yg berikan wang tersebut.perjalanan plk...sangat lama,bertolak dri jam 9.00 pagi,sampai d hotel jam 9.00 malam.Dengan wang RM100 pergi n RM100 balik,guru dan murid 10 orang,wah....abis kat situ jer,wat belanja makan.Semoga di lain kali,selaraskan bayaran tu...kami para guru pembimbing ni rasa macam ada yg x kena mengenai agihan elaun ni.

7.Tempat pertandingan:bangunan yg digunakan utk bertanding tu baru siap.tak ada kedai dan kantin hanya menyediakan makanan dan minuman berjadual.adeiii susah nak keluar,jauh dari pusat beli-belah.

Itulah antara kelemahan2 yg dapat kami rasakan menerusi "Malaysia Cybergames Festival peringkat kebangsaan " yg telah diadakan d Cyberjaya pada 4& 5 mei 2011 baru2 ini.Harap pihak pengurusan Cyberview,Mdec,MCS dapat atasi segala kekurangan-kekurangan tersebut.sya telah diminta oleh pihak pengurusan Cyberview untuk memberikan komen2 terhadap perjalanan pertandingan tersebut.Impak +ve pula adalah seperrti....1.dapat timba pengalaman baru...2.Ujud perasaan dan semangat kerjasama dalam kumpulan...3.Dapat lahirkan generasi celik IT seawal sekolah rendah 4.Lawatan sambil belajar di Pusat sains Negara...5.tempat tinggal yg selesa


Bergambar sejurus...selepas diumumkan sebagai pemenang tempat ke-tiga


saat2 pengumuman :)


geng klate...gomo klate gomo :)

T-shirt yg sama...terimalah ianya sbg hadiah dri cg n cg ruiz atas kejayaan anda...hadiah2 len tu...bia sklh yg bagi ek!


Perjalanan....yang sangat memenatkan!!!


sokongan yg padu drp ibubapa murid

"Kembalinya Seorang Hafizah Hamlatul Quran"

Tanpa kuduga rawatan yg dijalani kak D selama lbh kurang sebulan di HRPZ II KB berakhir dgn hembusan nafasnya yg terakhir pada jam 11.45 mlm,Jumaat 14 Okt 2011.Masuk dan keluar hospital nampak macam biasa,Kak D tetap kuat menghadapi hari-hari sakitnya menyebabkan tiap kali aku menziarahinya...aku rasa tenang,macam tak ada apa2 yg akan menimpa kak D.Hari pertama aku menziarahinya,kelihatan dia dah sihat dan bercerita dengan begitu petah sekali bahawa dia dah boleh makan.Lega rasanya hati ini melihat keadaan kak D.

Kali kedua dimasukkan ke ward,nampak macam sedikit tenat,namun hatiku tetap mengatakan kak D akan pulih.Melihatkan bekalan oksigen dengan wayar2 yg berserabut,pada awalnya aku jadi cemas,namun bila lihatkan kak D masih boleh bercakap dan membaca sms dri kawan dan meminta suaminya membalas sms itu,hatiku jadi tenang ...Tiap hari aku bertanyakan kak Bad pasal kesihatan kak D,namun kak Bad selalu katakan Kak D okey.

Sesungguhnya malam ini,akau dikejutkan dgn panggilan telefon dri abg iparku mengatakan kak D sudah tenat....Aku bersama suami bergegas ke hospital dan sesampainya aku d sana,kak D sudah pergi buat selamanya.Kuiring jenazah kak D bersama ibu dan datuknya menaiki kereta jenazah ke rumahnya.Sepanjang perjalanan,titisan jernih dri kolam mataku mengalir dgn agak laju,namun aku cuba jua kuatkan hati kerana aku tahu...Kak D pergi bersama redha suami,ibubapa serta mertuanya.

Sesungguhnya Allah lebih menyanyangi kak D...Kkak D pergi dgn membawa bekal 30 juzuk Quran di dada.Kutatapi wajah Kak D...tak nampak pun macam mayat,malah sama keadaannya sewaktuu beliau tidurrrr...Alhamdulillah...aku jadi makin kuat dan percaya bahawa beliau dijemput Allah dalam keadaan yg tenang...membawa sekeping hati dan roh yg suci.Takziah Cik Lah ucapkan pd Abang (Ahmad Khalil) yg kehilangan seorang suri yg jua merupakan seorang hafizah....Abang harus tabah dan kuat...redhakanlah pemergian Kak D kerana dia sudah sedia menunggu kaum keluarga dgn syufaat al Quran d dadanya..

Semoga Abang tabah menghadapi kehilangan seorang isteri yg sangat2 dikasihi...sesungguhnya Allah lebih menyanyanginya...Abang masih ada seorang puteri yg comel dan wajahnya saling tak tupah wajah Kak D.Sama2 kita berdoa semoga roh kak D ditempatkan bersama roh para solihin dan para syuhada.....

" Semoga notes yg cik lah catat ni dpt jdikan kenangan dan sejarah pilu buat keluarga kita ye Abang Ahmad Khalil...


Kenangan terindah sewaktu diijabkabulkan...Abang dan Kak D


bergambar kenangan selepas majlis akad nikah d luar masjid


baby Nurhanan Insyirah yg punya wajah saling tak tumpah ngn wajah arwah kak D....ibunya

"Kembalinya Seorang Hafizah Hamlatul Quran"

Tanpa kuduga rawatan yg dijalani kak D selama lbh kurang sebulan di HRPZ II KB berakhir dgn hembusan nafasnya yg terakhir pada jam 11.45 mlm,Jumaat 14 Okt 2011.Masuk dan keluar hospital nampak macam biasa,Kak D tetap kuat menghadapi hari-hari sakitnya menyebabkan tiap kali aku menziarahinya...aku rasa tenang,macam tak ada apa2 yg akan menimpa kak D.Hari pertama aku menziarahinya,kelihatan dia dah sihat dan bercerita dengan begitu petah sekali bahawa dia dah boleh makan.Lega rasanya hati ini melihat keadaan kak D.

Kali kedua dimasukkan ke ward,nampak macam sedikit tenat,namun hatiku tetap mengatakan kak D akan pulih.Melihatkan bekalan oksigen dengan wayar2 yg berserabut,pada awalnya aku jadi cemas,namun bila lihatkan kak D masih boleh bercakap dan membaca sms dri kawan dan meminta suaminya membalas sms itu,hatiku jadi tenang ...Tiap hari aku bertanyakan kak Bad pasal kesihatan kak D,namun kak Bad selalu katakan Kak D okey.

Sesungguhnya malam ini,akau dikejutkan dgn panggilan telefon dri abg iparku mengatakan kak D sudah tenat....Aku bersama suami bergegas ke hospital dan sesampainya aku d sana,kak D sudah pergi buat selamanya.Kuiring jenazah kak D bersama ibu dan datuknya menaiki kereta jenazah ke rumahnya.Sepanjang perjalanan,titisan jernih dri kolam mataku mengalir dgn agak laju,namun aku cuba jua kuatkan hati kerana aku tahu...Kak D pergi bersama redha suami,ibubapa serta mertuanya.

Sesungguhnya Allah lebih menyanyangi kak D...Kkak D pergi dgn membawa bekal 30 juzuk Quran di dada.Kutatapi wajah Kak D...tak nampak pun macam mayat,malah sama keadaannya sewaktuu beliau tidurrrr...Alhamdulillah...aku jadi makin kuat dan percaya bahawa beliau dijemput Allah dalam keadaan yg tenang...membawa sekeping hati dan roh yg suci.Takziah Cik Lah ucapkan pd Abang (Ahmad Khalil) yg kehilangan seorang suri yg jua merupakan seorang hafizah....Abang harus tabah dan kuat...redhakanlah pemergian Kak D kerana dia sudah sedia menunggu kaum keluarga dgn syufaat al Quran d dadanya..

Semoga Abang tabah menghadapi kehilangan seorang isteri yg sangat2 dikasihi...sesungguhnya Allah lebih menyanyanginya...Abang masih ada seorang puteri yg comel dan wajahnya saling tak tupah wajah Kak D.Sama2 kita berdoa semoga roh kak D ditempatkan bersama roh para solihin dan para syuhada.....

" Semoga notes yg cik lah catat ni dpt jdikan kenangan dan sejarah pilu buat keluarga kita ye Abang Ahmad Khalil...

Kenangan terindah sewaktu diijabkabulkan...Abang dan Kak D

bergambar kenangan selepas majlis akad nikah d luar masjid


baby Nurhanan Insyirah yg punya wajah saling tak tumpah ngn wajah arwah kak D....ibunya

Bahaya Semut Charlie

sblm ni...sya x pernah tau ujudnya semut charlie ni...sehinggalah anak sulug sya telah terkena gigitannya pd 13 September 2011.Pada 14 September 2011 sya menerima panggilan telefon dri anak lelaki sulung mengatakan beliau tlh disengat oleh serangga.Bila ditanya,dia x tau...apakah jenis serangga itu.Sya terus menggesa hubby supaya terus saja mengambilnbya di asrama..Nilam puri ...bwa balik n bwa berjumpa ngn doktor kat klinik swasta...owhhh...rupanya doktor juga x boleh kesan...apakah species yg menyengat anak lelaki sya tu....katanya:"cuba pakat2 tangkap serangga tu n bawa ke sini...sya blm pernah jumpa kes seperti ini.

Spt biasala...sblh malamnya...lepas maghrib...sya pun terus menulis ststus d dada Fb...bertanyakan khabar rakan2 d maya...adakah mereka pernah alami masalah sebegini...wah!! rupa-rupanya ada beberapa rakan yang dah mengenali species serangga ni.Menurut mereka...serangga itu adalah "semut charlie" ...Ramai yang tampil memberi komen.Kami sebulat suara berpakat utk mencarinya di internet....Akhirnya......jeng...jeng..MissLady ain telah memuat naik gambar serangga tersebut dan juga mangsa yang terkena gigitan.... terkejut juga saya dengan insiden ini....

Bila sya teruskan carian menggunakan carian "google" maka sya dapat berkongsi dgn seorang mangsa yg pernah digigit oleh serangga ini.Ikutilah tulisan beliau:

....Kumbang Rove: Charlie dan Semut Kayap satu serangga yang sama yang mempunyai 3 nama. Sesuai dengan namanya yang gah, kesan terkenanya juga cukup bahaya.Kali ini aried nak cerita sal Charlie! Korang pernah jumpa tak? Atau ada yang pernah kena serang? Hm… Aried pun sebenarnya baru mendapa info dari kawan aried sal Charlie atau Kumbang Rove ni. Fuh!! Sebelum memang agak pandang remeh! Tapi sekarang baru tahu yang serangga kecik ni memang berbahaya!!Lihat lebih details lagi--> Hm. Aried ada cakap dengar kawan aried yang dalam bidang Enviromental Health and Safety baru2 ni dan info yang aried dapat memang amat menakutkan dan berguna untuk kita semua. Nak tahu tak yang bisa Charlie ni atau kumbang rove adalah 12 kali lebih kuat dari bisa King Cobra kalau kita tertelan!! Dasyat!! Aried sendiri terkejut bila dengar info ni. Sebab apa? Sebab baru2 ni kawasan aried tinggal iaitu area Pengkalan Chepa memang penuh dengan Charlie@ Kumbang ROve ni. Bukan saja dekat meja makan, tandas, katil, lantai, dalam air minuman ada!! SubhanaAllah.. Memang Nasib baik aried tak tertelan.. Hm… Kalau tak

So, sambil cakap2, ada juga tips yang diberikan oleh kawan aried ni iaitu jangan tepuk @ jentik si Charlie ni sebab bisanya akan disembur dan sekiranya terkena pada badan, kesannya memang sangat teruk iaitu pedih dan melecur teruk!Sebab tu kena tiup sahaja. Aried bercakap atas pengalaman aried sendiri kerana sebelum ini aried pernah memegang Charlie ni dan keesokkannya, habis leher dan lengan aried melecur seperti terbakar! Sakit + Pedih!!.. Selepas itu, aried terus pergi ke Klinik dan memang seperti yang dijangga, MA diklinik itu sendiri cakap yang memang banyak kes mengenai Semut Kayap atau Charlie ni sekarang....


inilah rupa kumbang charlie


kesan gigitan dan cecair dri badan si charlie....

Kursus Pengurusan Briged Bestari Dlm Pembestarian Sekolah & Pendidikan 2010

Satu kursus Pengurusan Briged Bestari Dlm Pembestarian Sekolah & Pendidikan 2010 telah diadakan di BTPN ( Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri ) telah diadakan pada 09 hgga 10 Ogos bagi seorang pelajar yang merupakan bakal Ketua Briged ICT/Bestari bagi tahun 2011.Kursus ini diadakan serentak bagi seorang murid dan juga seorang Guru Penyelaras ICT/GPB.Sebanyak 62 buah sekolah terlibat dalam kursus yang lebih kepada perkhemahan ini.perkhemahan yang julung-julung kalinya diadakan di negeri kelantan ini adalah sebagai salah satu adenda kebengsaan di mana pada tahun 2010 ini,semua sekolah di Malaysia mesti bestari.
Skkk1 merupakan salah sebuah sekolah yang terpilih sebagai Jawatankuasa Pembestarian Sekolah Peringkat Negeri Kelantan bagi tahun 2010.GPB ( Guru penyelaras Bestari ) dan Guru Besar Skkk1 secara langsung telah menjadi jawatankuasa perancang ke arah pembestarian sekolah peringkat negeri Kelantan.Pelantikan ini adalah berdasarkan instrumen pemantauan yang telah dilakukan melalui SSQS ( secara online) dan pemantauan oleh pihak BTPN dan PKG serta jabatan Audit Negara.
Dalam satu slot perkongsian pula,aku selaku GPB Skkk1 diminta untuk berkongsi amalan terbaik yang telah dilaksanakan di sekolah.Sekolah yang diminta berkongsi bagi sesi sekolah menengah harian biasa ialah SMK Kubang kerian 1,SMK Kandis,manakala sekolah bestari aliran perdana adalah SMS Faris Petra,SMKA Naim lilbanat dan SMS Datok Ahmad Maher.Semoga pembudayaan ICT akan berjalan dengan lebih rancak dan lebih terancang untuk tahun-tahun akan datang.Kerjasama dan kerja dalam satu team amat diperlukan untuk mencapai misi dan visi pembestarian sekolahi ini.Semoga Skkk1 berjaya menyahut cabaran ke arah peluasan sekolah bestari ini.......

Sesi kongsi ilmu GPB/GPICT....



GPB Skkk1 sedang mengendalikan sesi kolaborasi atas talian untuk 62 orang pelajar yg merupakan wakil pemimpin bagi setiap sekolah.....

Sesi icebreaking para pemimpin Briged Bestari.....
sesi ceramah yang dikendalikan oleh Cikgu Arman ......

Penyampaian Sijil/Anugerah 5 Star Dalam Pengurusan ICT Sekolah-sekolah Negeri Kelantan ICT

Tanggal 01 jun 2010_ Aku selaku Guru Penyelaras Bestari telah dijemput ke BTPN bersama Guru Besar dan 11buah sekolah lagi yg mendapat anugerah 5 bintang dan 50 buah sekolah yang mendapat 4 bintang,di mana markah mereka hampir-hampir mencecah 5 bintang dlm pembudayaan dan pengurusan ICT sekolah.Majlis dimulakan dengan taklimat "Amalan Terbaik Sekolah Pemangkin dan Sekolah Kelompok Pembestarian Pendidikan 2010" oleh Penolong Ketua Pengarah BTPN Puan Hjh Mazenah Bt.Mohamad.Beliau menekankan aspek pembudayaan ICT di sekolah di mana Kementerian Pelajaran Malaysia sangat-sangat menekankan aspek output hasil daripada segala bentuk peralatan ICT dan telekomunikasi yang dihantar ke sekolah-sekolah seperti komputer,notebook,CDRI,perisian-perisian kursus,TV Pendidikan,Astro dan sebagainya digunapakai oleh guru-guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran mereka.Penyelenggaran terhadap bahan-bahan ini adalah menjadi tanggungjawab pihak sekolah di bawah kendalian Unit ICT,Unit Media dan Panitia-panita Matapelajaran.Para guru diminta memaksimakan penggunaan peralatan yang berbentuk telekomunikasi ini memandangkan kerajaan telah membelanjakan jumlah yang besar terhadap penghantaran peralatan tersebut ke sekolah,termasuklah penyelenggaraannya sekali.Slot ke dua diisi oleh ucapan Ketua Unit Perkhidmatan ICT BPN,En.Kamran B.Mohamad mengenai fasa-fasa pembestarian yang bermula sejak tahun 1999 sehinggalah sekarang.Beliau juga mengumumkan keputusan penarafan bintang Pembestarian Sekolah.Keputusan sekolah-sekolah di negeri kelantan yang diumumkan adalah seperti di bawah:

1.Sekolah yang mencapai 5 bintang - 12 buah

2.Sekolah yang mendapat 4 bintang - 222 buah

3.sekolah yang mendapat 3 bintang - 274 buah

4.Sekolah yang mendapat 2 bintang - 25 buah

5.Sekolah yang mendapat 1 bintang - 1 buah

Slot seterusnya penganugerahan sijil kepada guru besar bagi sekolah-sekolah yang mendapat 5 bintang dan 4 bintang yang mempunyai markah hampir-hampir lima bintang telah dioleh Pn.Hjh.Mazenah Bt.Mohamad,Ketua Penolong pengarah BTPN Kelantan.

Pada jam 11.30 pagi,para Guru penyelaras Bestari/ICT terus berbengkel dan berkolaborasi mengenai "Amalan Terbaik Bagi Sekolah-sekolh Pemangkin dan Sekolah-sekolah Kelompok".Banyak perkongsian yang dapat kami sama-sama kongsi di situ.bengkel tamat pada jam 5.00 petang.Walaupun agak penat,namun kami para GPB/GPICT merasa gembira kerana dapat bertukar-tukar maklumat bersama sekolah-sekolah kelompok.semoga pembudayaan ICt di sekolah-sekolah seluruh Malaysia akan berkembang dengan lebih rancak lagi sejajar dengan arus pembangunan yang pesat dalam dunia globalisasi tanpa sempadan ini.

Puan Hjh.Mazenah Bt.Mohamad sedang menyampaikan taklimatnya kepada Guru-guru Besar,PPD dan Penyelaras Bestari/ICT

Para hadirin sedang mendengar input daripada pihak BTPN

Guru Besar Skkk1-Tn.Hj.Mohamed Che Noh sedang menerima sijil 5 bintang-Penarafan Pembestarian
Sesi bengkel dan kolaborasi GPB?GPICT Kelompok PKG Tapang bagi mengisi slot pembestarian....

Juara Malaysia Cybergames Festival 2010 Peringkat Negeri Kelantan

30 Mei 2010-Suatu detik yang istimewa bagiku sebagai seorang GPB lantaran peserta yang aku bawa untuk menyertai "Malaysia Cybergames Festival 2010" yang julung-julung kalinya diadakan di bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan( BTPN ) telah membuahkan hasil yang sangat kubanggakan.
Setelah berusaha bertungkus lumus,bertarung dengan 29 buah sekolah dari seluruh negeri Kelantan,Pasukan Cyber Games Skkk1 telah dinobatkan senagai johan peringkat negeri Kelantan dengan pungutan markah sebanyak 35 000.Kemenangan ini merupakan suatu hadiah yang tidak terperi besarnya bagi setiap peserta yang merupakan pasukan Cybergames sekolah.Kesemua peserta telah dihantar dan dijemput oleh ibubapa masing-masing ke pertandingan itu dan dapat sama-sama berkongsi kemenangan
Pertandingan ini telah dianjurkan oleh Multimedia Development Corporation (MDeC) dengan kerjasama Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan, Jabatan Pelajaran Kelantan, Yayasan Islam Kelantan, PPAK dan beberapa agensi yang berkaitan ICT negeri kelantan.Kemenangan ini telah melayakkan pasukan Cybergames Skkk1 mewakili negeri Kelantan ke peringkat kebangsaan.Pertandingan bagi merebut juara kebangsaan akan dilangsungkan di Cyberjaya pada bulan September 2010 nantiTahniah buat peserta yang berjaya mengharumkan nama sekolah dan jangan lupa teruskan usaha,giatkan latihan di rumah maupun sekolah bagi menghadapi pertandingan peringkat kebangsaan nanti.
Para ibubapa dan murid-murid hendaklah sentiasa sedar bahawa tujuan festival ini adalah antara lain ,bagi menonjolkan imej positif terhadap permainan komputer di kalangan murid sekolah. Selain menikmati keseronokan bermain permainan komputer; murid, guru dan ibu bapa akan diberi pendedahan tentang kebaikan permainan komputer dalam proses pendidikan anak-anak. Maklumat ini penting kepada guru dan ibu bapa dalam memilih permainana komputer yang sesuai dengan murid dan anak-anak mereka.Semoga dengan kejayaan yang diperolihi ini akan lebih memberi insprisi kepada murid-murid dalam memilih permain berkomputer yang betul dan berunsur pendidikan.
Bergambar kenangan bersama para peserta sewaktu baru tiba......
Bergambar kenangan di atas pentas bersama Pengarah BTPN,Wakil Kerajaan Negeri kelantan,Wakil Pengarah JPN,dan Pengarah Cyberview

Sewaktu menerima hadiah .....Tahniah!!!
Imbas kembali....sengit bertarung merebut kejuaraan....

Juara Malaysia Cybergames Festival 2010 Peringkat Negeri Kelantan

SkKubang Kerian 1-30 Mei 2010-telah menyertai "Malaysia Cybergames Festival 2010" yang julung-julung kalinya diadakan di bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan( BTPN ).Setelah berusaha bertungkus lumus,bertarung dengan 29 buah sekolah dari seluruh negeri Kelantan,Skkk1 telah dinobatkan senagai johan peringkat negeri Kelantan dengan pungutan markah sebanyak 35 000.Kemenangan ini merupakan suatu hadiah yang tidak terperi besarnya bagi setiap peserta yang merupakan pasukan Cybergames sekolah.Kesemua peserta telah dihantar dan dijemput oleh ibubapa masing-masing ke pertandingan itu dan dapat sama-sama berkongsi kemenangan Pertandingan ini telah dianjurkan oleh Multimedia Development Corporation (MDeC) dengan kerjasama Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan, Jabatan Pelajaran Kelantan, Yayasan Islam Kelantan, PPAK dan beberapa agensi yang berkaitan ICT negeri kelantan.Kemenangan ini telah melayakkan pasukan Cybergames Skkk1 mewakili negeri Kelantan ke peringkat kebangsaan.Pertandingan bagi merebut juara kebangsaan akan dilangsungkan di Cyberjaya pada bulan September 2010 nantiTahniah buat peserta yang berjaya mengharumkan nama sekolah dan jangan lupa teruskan usaha,giatkan latihan di rumah maupun sekolah bagi menghadapi pertandingan peringkat kebangsaan nanti.
Para ibubapa dan murid-murid hendaklah sentiasa sedar bahawa tujuan festival ini adalah antara lain ,bagi menonjolkan imej positif terhadap permainan komputer di kalangan murid sekolah. Selain menikmati keseronokan bermain permainan komputer; murid, guru dan ibu bapa akan diberi pendedahan tentang kebaikan permainan komputer dalam proses pendidikan anak-anak. Maklumat ini penting kepada guru dan ibu bapa dalam memilih permainana komputer yang sesuai dengan murid dan anak-anak mereka.Semoga dengan kejayaan yang diperolihi ini akan lebih memberi insprisi kepada murid-murid dalam memilih permain berkomputer yang betul dan berunsur pendidikan.
Para peserta bergambar kenangan sewaktu baru tiba....bersama guru pengiring,Pn.Wan Ramlah dan En.Mohd Ruiz
Bergambar kenangan di atas pentas bersama Pengarah BTPN,Wakil Kerajaan Negeri kelantan,Wakil Pengarah JPN,dan Pengarah Cyberview

Sewaktu menerima hadiah .....Tahniah!!!
Imbas kembali....sengit bertarung merebut kejuaraan....

Jamuan Akhir Tahun Brigesd Bestari Skkk1




Tanggal 14 November 2010-Satu majlis jamuan makan tengah hari Briged bestari Skkk1 sesi 2010 telah diadakan di Restoran su Tom Yam berjalan dengan baik dan seperti yang telah dirancangkan.
Pengurusan majlis ini kuatur bersama penolongku,Guru Briged Bestari,En.Ruiz B.Ahmed.Agak terlewat sedikit aku hadirinya kerana terpaksa menghadiri Kursus Penyebaran KSSR di PPD KOta Bharu.Urusan membawa murid-murid ke sana telah diambil alih oleh penolongku bersama AJK ICT yang lainnya dengan begitu baik.
Meskipun ianya disambut dalam suasana yang sederhana,namun ianya tetap meriah.Dimulakan dengan ucapan Tuan Guru Besar,diikuti dengan Penolong Kanan Pendidikan Khas.majlis ini dihadiri oleh semua Briged Bestari/ICT yang seramai 55 orang.Guru-guru penasihat dan para pentadbir sekolah juga turut hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.

Annual Dinner Bertemakan Kuning Diraja Meriah

Tanggal 12 Nov 2010-Sempat jua aku hadiri Majlis Annual Dinner yang telah diadakan sempena mengakhiri sesi persekolahan bagi tahun 2010 telah diadakan di Restoran Syam,Kota Bharu,kelantanKetibaanku di majlis ini agak sedikit lewat lantaran jadual aku pada hari ini ammat padat sekali.Apa tidaknya,sehari suntuk aku berada di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kota Bharu lantaran menghadiri kelas OUMku.Penat tidak terkata,namun kugagahi juga untuk bersama kawan-kawan....

Agak janggal juga bila kehadiranku bersama dua orang rakan sepengajianku.Majlis berjalan seperti yang dirancangkan. Dimulakan jam 8.00 malam dengan ucapan alu-aluan daripada Tuan Guru Besar Skkk1,Tn.Hj.Mohamed B.Che Noh.Semua guru dan kakitangan serta AJK PIBG yang hadir memakai pakaian berwarna kuning sempena tema kuning diraja.Pelbagai acara telah diadakan termasuklah dendengan lagu daripada beberapa orang guru seperti saudara Noor Iman,En.Zuki,En.Mohd Izani,En.Mahmood,En.Wan mahmud,Tn.Hj.Mohamed Che Noh,Tn.Hj.Yunus @Halim dan beberapa orang guru lagi.Acara-acar alain yang turut diadakan adalah anugerah-anugerah khas dan cabutan bertuah.Anugerah yang paling berprestij adalah King dan Queen Skkk1 yang disandang oleh En.Nik Abdul Aziz B.Ismail dan Pn.Wan Arina Bt.Wan Hamat.Gembira rasanya melihatkan gelagat rakan-rakan seperjuangan yang sporting habis....

Penyandang gelaran king n queen skkk1...En.Nik Abdul Aziz dan Pn.Wan Arina
Jawatankuasa PIBG SKKK 1 sempat merakam kenangan bersama.......
ceria selalu.....menunggu juadah!!!
Makan...jangan tak makan.....
YDP PIBG,AJK PIBG dan PK HEM Skkk1 di depan pintu masuk.....

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Wujudnya Salah Tafsiran Dalam Sesuatu Peristiwa Bahasa.

1.Intonasi

Intonasi ialah naik turun nada suara yang wujud apabila kita bercakap. Dalam percakapan seharian,kita semestinya menggunakan pelbagai nada dan jeda suara.Nada suara yang digunakan tidak mungkin hanya mendatar, Ianya terkeluar secara berbeza-beza, ada kalanya meninggi dan ada kalanya merendah. Satu ciri utama penuturan manusia ialah sifat nada suara yang sentiasa berubah-ubah, yang mencerminkan maksud isi percakapan dan emosi ketika bercakap. Intonasi penting dalam tatabahasa Bahasa Melayu kerana peranannya dalam membezakan bahagian-bahagian subjek dan predikat.

Contoh ayat:

1.Cantik ! muka awak!

Jika perkataan cantik diujarkan dengan nada yang biasa atau rendah,ianya akan membawa makna bahawa muka awak adalah cantik.Manakala bila perkataan cantik muka awak!!!!!….diujarkan dalam nada yang tinggi,akan membawa makna yang berbeza.

2.Rosnah! baldi !

Jika diteliti ujaran ini makna yang hendak disampaikan ialah “Rosnah, tolong ambilkan baldi itu.”Baldi yang dimaksudkan itu mungkin baldi yang hampir jautuh ke dalam longkang bergantung kepada ujaran itu dilafazkan.Konteks memainkan peranan penting untuk menghilangkan kekaburan dan ketidakjelasan makna . Intonasi dan nada memainkan peranan yang penting dalam pengucapan kita.Seandainya intonasi dan nada yang digunakan tidak seiring dan betul , akan menimbulkan masalah kepada pemberi maklumat tersebut.

2.Pengaruh dialek

Ayat yang diucapkan oleh penutur di Malaysia berbeza-beza daileknya. Sesuatu bahasa tabi tidak pernah seragam. Bagi sesuatu perkataan, bunyi atau ayat tertentu, penutur yang berbagai-bagai akan mengucapkan bentuk atau pengwujudan dari perkataan, bunyi atau ayat itu dengan berbagai-bagai cara. Jika ini kita dapat perhatikan pada ujaran dua atau tiga orang penutur, apatah lagi ribuan atau jutaan penutur dalam satu masyarakat bahasa tertentu. Perbezaan-perbezaan dalam pengwujudan sesuatu bahasa tertentu seperti yang dikatakan itu, melahirkan kelainan-kelainan bagi bahasa tersebut, dan kelainan inilah yang disebut dialek atau loghat. Dalam perkataan lain, sesuatu bahasa itu tidak dapat lari dari dicirikan oleh dialek: dua,tiga atau pun jauh lebih banyak dari itu. Misalnya Bahasa Melayu/Malaysia mempunyai berbagai-bagai dialek seperti dialek Kedah, dialek Johor, dialek Kelantan, dialek Sarawak dan seterusnya. Tiap-tiap dialek itu mempunyai sifat-sifatnya tersendiri yang membezakannya dari dialek-dialek lain. Perbezaan diantara dialek-dialek itu boleh dilihat dari dua sudut, iaitu sistem bahasa dan kawasan penyebarannya.

Contoh ayat dialek Kelantan.

“buko la kaing tuh ambo nok tengok patat dia…lagu mano,comey ko dok nyoh”.

Patat membawa maksud dasar. Satu lagi maksudnya ialah bahagian latar kain sarung. Jika ayat ini digunakan di negeri Perak ia akan menimbulkan salah tafsiran dan menyebabkantimbul prasangka atau perbalahan. Patat bagi negeri Perak membawa maksud punggung.

3 Pengaruh bahasa slanga...

Sudah dibincangkan dalam bab khsus.....

4 Masalah alat artikulasi

Masalah artikulasi atau gangguan artikulasi adalah pengeluaran bunyi-bunyi pertuturan yang abnormal, sehingga menyebabkan percakapan menjadi tidak tepat atau percakapan yang tidak sesuai. Masalah artikulasi terdiri daripada perkara-perkara seperti penggantian,pengguguran pengubahan, dan penambahan.Penggantian bunyi terjadi apabila bunyi tertentu dalam sesuatu perkataan digantikan dengan bunyi yang lain,misalnya

” wabbit” untuk “rabbit”. “malan” untuk “makan”” dua belah” untuk “dua belas”.

5 Diklesia

Diklesia berasal dari perkataan Yunani iaitu "DYN" bermakna susah, dan "LEXIA" bermakna tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.Mereka yang mempunyai Disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang dengan disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan orang lain dengan disleksia.

Misalnya, kekeliruan dalam membunyikan huruf seperti: t – h f – v

Peristiwa bahasa yang berlaku akan memberikan impak yang mendalam mereka yang mengalami situasi tersebut.. Sekiranya berlaku salah tafsiran dalam memahami konteks dan makna akan menimbulkan keadaan yang tidak menyenangkan dikalangan mereka. Dalam hal ini, (1953), ahli falsafah yang terkenal, pernah menegaskan bahawa ‘makna kata tidak dapat diketahui kecuali dilihat dalam penggunaannya atau dalam konteks penggunaannya’. Ullmann (1954) juga sependapat dengan berhujah bahawa makna perkataan hanya dapat ditentukan berdasarkan penelitiaan terhadap penggunaannya. Konteks merupakan faktor penting untuk menghilangkan kekaburan atau ketidakjelasan makna sebarang ujaran dan tulisan.

Taklimat Pengurusan Guru Bestari n Bengkel Juruteknik

Satu bengkel Asas Komputer dan Taklimat pengurusan Untuk Guru Penyelaras Bestari/ICT telah diadakan di Pusat Kegiatan Guru Tapang pada 20,21 dan 25 Oktober 2010.Pada 20 dan 21 Oktober, bengkel ini khus untuk juruteknik FT 17 di mana mereka telah didedahkan dengan kemahiran-kemahiran pemasangan komputer secara berkumpulan.semua komponan komputer telah diselerakkan dan para juruteknik diminta untuk memasangnya kembali.mereka jug didedahkan dengan pelbagai trouble shooting,software dan juga hardware.
Pada 25 oktober 2010 pula Guru Penyelaras Bestari ( GPB ) telah diberi taklimat mengenai pengurusan ICT bagi tahun 2011 nanti.Mereka juga diberi peluang untuk berbincang mengenai permasalahan
yang dihadapi di sekolah dalam melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan ICT.

Sesi pemasangan komponan komputer bagi juruteknik FT 17...FT 17 Skkk1,Syarkawi Ibrahim
En.Dasuki...Pegawai PKG Tapang sedang memberi input berguna....
Penerangan mengenai .....Antivirus..Karpersky...

Sesi soal jawab GPB mengenai pelupusan hartamodal aset alih kerajaan....

Antara Faktor Menyumbang Kpd kesalahan Bahasa Melayu

1.Pengaruh bahasa slanga

Slanga merupakan kosa kata yang tidak baku, tidak standard, sering kali berubah dan secara umum berbeda dengan kata kosa kata lainnya. Slanga sering digunakan oleh golongan remaja atau kelompok sosial tertentu untuk berkomunikasi sesama mereka dan hanya difahami oleh kelompok itu sahaja.

Slanga sering digunakan oleh golongan remaja atau kelompok sosial tertentu untuk berkomunikasi sesama mereka dan hanya difahami oleh kelompok itu sahaja.Sebenarnya slanga menurut Kamus Dewan, didefinisikan sebagai "kata-kata, ungkapan dan seumpamanya yang tidak tergolong dalam bahasa baku atau bahasa tinggi tetapi lazim digunakan dalam percakapan tidak rasmi". Menurut “The Oxford Companion to the English Language” oleh Tom McArthur (1996) istilah slanga ini berasal dari abad ke-18 yang bermaksud “origin uncertain” iaitu ketidaktentuan sebenarnya. Secara etimologi kata, slanga berasal dari kata “sling” iaitu sebahagian daripada ungkapan yang dihubungkaitkan dengan “beggar language and rogues language” iaitu bahasa kelompok pengemis dan anak jalanan.

Golongan remaja yang mempopularkan bahasa slanga selalunya memanipulasikan ungkapan atau perkataan dengan memberi makna baharu kepada perkataan tersebut, contohnya mengancam, cun, cintan, balak, kacang, ayat, awek, pakwe, skima, jambu, sekodeng, member sound

dsb

Penggunaan bahasa slanga bukanlah fenomena baru yang melanda bahasa Melayu.penggunaan perkataan 'kacang je' (mudah sahaja), 'ayam' (gadis) dan 'jambu'(cantik) sudah menjadi mainan mulut para mahasiswa dan mahasiswi di era zaman 80-an.Bahasa slanga juga turut dipopularkan oleh penyanyi rock. Ungkapan-ungkapan yang popular pada awal tahun 80-an ialah tangkap cintan, tangkap leleh, mengancam, tangkap nangis di samping penggunaan ganti nama 'lu' dan 'gua'.

Pada hari ni penggunaan bahasa slanga semakin popular terutama pada era teknologi maklumat melalui penggunaan kolaborasi atas talian spt FB,google talk,yahoo mesesenger,bear share,skype,meeboo dan laian2 jenis kolaborasi atas talian .tak kurang jua yang menggunakan telefon bimbit.melalui telefon bimbit,SMS digunakan secara meluas.Contoh perkataan yang selalu digunakan adalah seperti cikaro, usya, hampeh,kantoi, skema, meletup, poyo, cengkodok,mangkuk,adoyai ,nepe,dan banyak lagi. Dalam bentuk tulisan, bahasa slanga bukan saja digunakan dalam bahan bacaan ringan seperti komik, malah majalah hiburan turut mempopularkan bahasa slanga ini. Melalui ruangan 'chatting' atau kolaborasi atas talian di internet pula pelbagai bentuk slanga terhasil, antaranya, slanga yang terbentuk daripada percantuman dua perkataan seperti pekabor (daripada apa khabar), askum (assalamualaikum), saya menjadi sayer, mana menjadi maner dan banyak lagi. Kalau memberi salam sudahpun salah, apa maksud askum ???.....bahasa arab yg digunakan untuk menyampaikan salam,kesejahteraan sudah bertukar menjadi kutukan...

Dalam karangan Bahasa Melayu....para pelajar seharusnya mengambil kira pengaruh2 bahasa slanga ini agar tidak terbawa-bawa ke dalam penulisan mereka.....Berhati-hati semasa menulis karangan bahasa melayu/Malaysia anda.....

Semoga berjaya......dalam menghadapi SPM,STPM,SMU,PMR,PMRU dan juga PMR......SELAMAT BELAJAR SEMUA!!!!

Ridel Hotel-Utamakan Solat Berjemaah

Aku kalau nak mulakan perjalanan,faktor utama yg aku lihat adalah tempat atau ruang solat.Sebagai pompuan,susah bagi kami nak kerjakan solat di tempat yg sembarangan....apa tidaknya,kita perlu ambik wudhuk di tempat yg dikira terlindung dari pandangan mata lelaki ajnabi.Bukan kite yg nak semua tu,tapi memang dah ditetapkan oleh syariat....

Tanggal 20 julai 2010,baru-baru ini,aku telah menghadiri satu pembentangan bagi mambantu Guru Besar sekolahku yang diminta berkonsgi amalan terbaik yang dilakukan di sekolah ke arah pembestarian sekolah.....Bagi memenuhi satu slot dalam "Taklimat pemantapan Pengurus Bestari Bagi Pentadbir" telah diadakan di Ridel Hotel pada 19 hingga 21 julai 2010.GB aku,Tuan Hj.Mohamed b Che Noh telah hadir ke kursus tersebut dan dalam satu slot,beliau telah diminta untuk berkongsi dengan para peserta lain yang terdiri daripada guru-guru besar dan Pengetua Zon Pantai Timur mengenai "Amalan Terbaik" yang telah dilaksanakan di sekolah.Skkk1 telah diminta untuk mengadakan suatu slide show untuk dikongsi bersama guru-guru besar dan pengetua lain mengenai pembudayaan ICT di sekolah.GB diminta untuk melakarkan apa jua amalan terbaik yang bisa melonjakkan sklh kami mencapai lima bintang dalam Penarafan SSQS (SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS)sepanjang tahun 2009 yang lepas.Beliau juga diminta untuk berkongsi amalan terbaik dengan para peserta mengenai segala perancangan dan pelaksanaan yang telah dilakukan di sekolah.Skop perbincangan adalah mengenai: 1) Menyediakan Khidmat Bantu ICT. 2) Membuat servis inisiatif ICTS. 3) Peraduan Multimedia peringkat sekolah dan kejayaan yg dicapai 4) Penambahbaikkan semula Blog Rasmi Sekolah. 5) Mengadakan Kursus Latihan Portal Eduweb TV KPM. 6) Mengadakan Kursus Asas Komputer kepada Ahli Kelab Komputer. 7) Kelas ICTL kepada pelajar Tahun 1,2 & 3 8) Mengadakan Kursus IES .

Jadi untuk membantu GBku ini ,maka aku sebagai GPB sekolah bersama penolongku telah turut dijemput.Memandangkan aku tidak terlibat secara langsung dalam taklimat tersebut,maka aku tak ambil bilik.Aku hanya hadir pada slot pembentangan sahaja.Sesampai saja aku di lobi Hotel,aku melilau2kan mataku mencari di mana Gbku berada.Bila terpandang beliau yg sedang tercatuk di meja makan,aku terus masuk dan duduk di salah satu kerusi.Gb dah siap makan tengah hari.Aku dipelawa makan....kebetulan aku dari sekolah,belum lagi makan,aku pun terus menyenduk sedikit juadah utk tgh hari tu....Sedang aku makan,kuping telingaku terdengar laungan azan dalam hotel tersebut...aku tertanya2,dari mana bunyi azan yg begitu jelas.nak kata dari masjid Muhammadi,bunyinya macam dalam hotel jer....pastu aku dengar satu pengumuman yang berbunyi...."semua pekerja dijemput mengerjakan solat zohor,memandangkan waktunya telah masuk" Wah...cukup teruja aku mendengar,betapa solat sangat dijaga di sini....Lebih daripada mana2 tempat yg pernah aku hadiri atau tempat aku bekerja....Sebaik saja selepas makan tengah hari,aku terus ke tingkat 1,mencari2 dewan tempat Gb n pengetua bermesyuarat.Aku bagitau Gb bahawa aku belum lagi solat dan meminta kebenaran utk solat.Gb tunjukkan aku tempat solat.Wah sekali lagi aku teruja kerena di sini ada satu ruang yang disediakan....Satu ruang yg agak luas dan dinamakan musalla .Di sini ada ruang solat lelaki dan ruang solat perempuan.Aku masuk ke ruang solat perempuan dan rasa amat gembira kerana tempat berwuduknya adalah di sebelah dalam....senang utk aku tanggalkan tudung dan berwuduk....Alhamdulillah ya Allah...syukur sangat!!!!

Sebelum aku bersolat,aku terpandang dua orang perempuan sedang memerhati gelagatku sambil tersenyum.Aku yg membawa hand bag bersama note book di atas belakangku,membuatkan mereka cam bahawa aku akan menghadiri mesyuarat tu...cuma mungkin yg jadi tandatanya mengapa aku solat di sini???bukan di bilik hotel macam peserta la.Note book tu aku letakkan bersama hand bag di sebelah tempat aku solat.Selesai sahaja solat dan berdoa,aku hulurkan tangan bersalaman dgn dua org wanita yg sejak tadi memerhatikan aku....seperti biasala...aku yg "mesra alam" ni terus saja mengomong....mereka berdua tu terus bertanya aku itu dan ini...aku pun apa lagi terus juga bertanya itu itu dan ini.....daripada apa yang kami bualkan.aku dapat tahu bahawa hotel ni sememangnya menitik beratkan solat bagi setiap pekerjanya.solat pula diminta dilakukan secara berjemaah dan disediakan sistem "punh card".Jadi dengan sendirinya setiap pekerja yang kuren ngn solat ni pun jdi melekat solatnya.....wah!! sekali lagi rasa teruja aku terhadap pemilik hotel ni.Aku terus lagi mengomong...rupa-rupanya orang yg aku ngomong ni adalah isteri kepada pemilik hotel dan sorang lagi pegawai eksekutifnya yg sama2 mengerjakan solat d situ.Aku terus melahirkan ucapan tahniah buat pemilik hoitel ini dengan kataku:"Alhamdulillah..kiranya ramai pengusaha hotel di malaysia ni macam puan,maka akan terjagalah solat umat Islam yg merupakan pekerja2 dri pelbagai peringkat umur....saya doakan moga2 rezeki puan akan terus bertambah dan sentiasa diberkati.Selepas bersalaman,aku terus ke dewan untuk urusan pembentangan.....

semoga Ridel Hotel yang lokasinya di tepi Sungai Kelantan yang damai ini akan terus dirahmati Allah dan muncul sbg sebuah hotel yg paling berprestij di tanah air......


sesi pembentangan...

suasana sewaktu pembentangan....


di tepi sungai kelantan...capture dri arah dpn hotel...

Stesen Minyak Yang Mengutamakan Tempat Solat

Hari ini,tanggal 08 Oktober 2010( Jumaat )-seperti biasa aku dengan rutin harianku.Selepas aku antar anak2 tuisyen,terus aku ke pasar tani untuk membeli segala keperluan dapur.Biasanya hubbyku yg lakukan semua kerja ni.Sekembalinya aku ke rumah dengan membawa sarat barangan keperluan dapur termasuklah sarapan pagi untuk hari ini,kami sarapan bersama,bagi anak2 yg tiada kelas tuisyen hari ini.Kemudian,macam biasalah,aku mula mengemas rumah,mencuci pakaian,memasak.Lepas tu antar anak n hubby ke masjid utk solat jumaat.Sementara menunggu mereka siap tunaikan solat jumaat,aku ke rumah kakak yg berhampiran utk tunaikan solat zohor.Selepas itu kami balik dan makan tengah hari bersama.Selesai semuanya,ari ni aku sempat rebahkan belakang ke tilam.Aduh,lega rasanya.....

Sebelah petangnya aku terus solat asar dan bergegas ke asrama anak perempuanku di salah sebuah sekolah di Bachok,Kel.Aku bersama dua org anak lelakiku yg sentiasa menjadi body guardku ke sana ke mari utk lakukan rutin harian luar rumahku.Ari ni aku agak lewat ke asrama anak pompuanku.Azamn maghrib dah dialunkan,aku masih lagi di asramanya.Aku berbincang dengan anak lelakiku..".kat mana nak solat maghrib ni?Takkan nak solat kat asrama ni?" Aku terus memandu kereta pulang sambil mengintai2 mana2 masjid utk sama2 kami dirikan solat maghrib yg semestinya punya waktu yg terlalu singkat.

Sambil2 meninjau tu,anak lelaki sulungku syorkan agar aku berhenti saja di stesyen minyak Caltex yg lokasinya di antara Jalan bachok dengan bangu,Kota Bharu.Sebaik sahaja aku memasuki stesyen minyak ini,rasa teruja jua dengan jumlah kereta dan motosikal yg berderet banyaknya.Pemandunya turun mengerjakan solat,sementara anak-anak kecil asyik bermain di taman permainan yang telah disediakan oleh pemilik stesyen minyak ini.Ada juga yang makan-makan sambil berbual-bual setelah selesai kerjakan solat.

Aku terus mencari tempat solat perempuan,sementara anakku mencari tempat untuk solat lelaki.Bila saja aku membuka pintu untuk mengambil wuduk,wah rasanya begitu teruja sekali dengan prasarana yang disediakan oleh pemilik stesyen minyak ini.Dengan tempat mengambil wuduk di dalam bilik bersekali dengan tempat solat,amat memudahkan kami para wanita untuk berwuduk.Ramai juga jemaah wanita yang mengerjakan solat bersamaku.Selesai sahaja solat,aku bertekad untuk mengenali empunya stesyen ini.Sambil mataku melilau sekeliling,aku terpandang ke arah seorang wanita yg sedang berwirid dan bersandar pada dinding.nampak macam tidak bergegas-gegas untuk mengemaskan telekung solat spt orang2 lain.keadaannya macam menunggu masuknya waktu isyak.Aku terus bersalaman dengannya dan cuba bertanya:"Puan,adakah puan ni pemilik stesyen caltex ni?"Sedikit terkejut wanita yg separuh umur ini bila aku lontarkan pertanyaan sebegini.Dia terus mengangguk dan menjawab "ya".Macam biasalah aku yg sememangnya "mesra alam" ni terus bertanya itu dan ini.Daripada apa yg kami bualkan itu,aku dapati pemilik Caltex ini memang seorang yang hebat,mengutamakan solat,amal jariah....Alhamdulillah jika ramai antara pemilik stesyen minyak mempunyai pendirian yg sama dengan wanita ini.Sebuah stesyen minyak yang lengkap dengan masjid,tandas,taman permainan,pasar mini,yang serba lengkap disediakan untuk kemudahan para pelanggan dan mengutamakan solat dalam kehidupan seharian hatta sanggup korbankan harta ke arah kebaikan.

Stesyen minyak ini tidak beroperasi selang masa antara maghrib dan isyak,demi memberi laluan kepada para pekerjanya menunaikan ibadah solat dan mendengar tazkirah yg disampaikan oleh imam di masjid tersebut.Semoga pengorbanan pemilik stesyen Caltex ini akan mendapat ganjaran dan balasan yg setimpal dari Yang Maha Esa.Jua moga2 ramai lagi para usahawan Islam yg tampil dengan ekonomi yang kukuh dan rela mengorbankan harta dan tenaga utk menyediakan tempat2 solat yg selesa sebegini dan jua mengutamakan solat dalam kehidupan seharian.Segunung tahniah dan selaut terima kasihku buat pemilik stesyen minyak ini.....Moga2 rezeki yg diperolihinya sentiasa mendapat barakah dari Allah Azzawajalla.....

Stesen minyak caltex...operasinya dihentikan selang masa antara maghrib dan isyak...

bangunan masjid dan tandas yg selesa...

pintu masuk ke masjid/surau...

tuan punye stesyen caltex

ON9 BIZ

Ping Busuk