Saturday, September 11, 2010

::Syawal Yang Dinanti::

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين
Setelah sepurnama kita sempurnakan ibadah puasa,maka tibalah hari yang dinantikan oleh seluruh umat Islam di dunia untuk meraikan kejayaan dan kemenangan mengekang hawa nafsu...
Syawal yang dinantikan pasti tiba jua....Ketibaan syawal membawa pelbagai persepsi terhadap individu yang bergelar Muslim.saat ini,ramai yang berkata dirinya sedih lantaran Ramadhan akan kita tinggalkan.Apa jua yang kita rasa,samada sedih kerana bakal ditinggalkan kedamaian Ramadhan yang pastinya tidak lagi dirasa dalam bulan-bulan lain atau sedih kerana tidak dapat ganjaran atau rahmat yang banyak daripada Allah SWT terhadap ibadah yang kita lakukan semasa Ramadhan, Ramadhan tetap akan meninggalkan kita.

Perkara pokok yang harus dinilaikan adalah kesan Ramadhan ke atas diri kita,kerana di sinilah dapat kita lihat samada sebenarnya kita sedih atau tidak dengan pencapaian diri sepanjang berada dalam latihan Ramadhan.

Sememangnya Allah SWT sentiasa melimpahkan rahmatNya yang tidak terkira kepada kita tidak kira bulan atau tahun atau hari. Ramadhan merupakan bulan tarbiyah dan bulan bimbingan secara langsung daripada Allah SWT.Seluruh umat islam berkewajipan mengikuti sesi tarbiyah ini samada suka atau tidak.Sebagai hamba Allah,seharusnya setiap saat kembali kepada fitrah tidak kira bulan Ramadhan atau dibulan-bulan lain yang kita lalui.Apa yang membezakan antara bulan Ramadhan dengan bulan-bulan lain adalah, kita disediakan oleh Allah SWT dengan tarbiyah yang diwajibkan. Jiwa kita…diri yang sejati ini disucikan lagi dengan zakat fitrah yang juga diwajibkan. Zakat yang bertujuan untuk melatih diri kita melepaskan harta dunia yang sentiasa diidamkan (nafsu) oleh jasad…emosi dan fikiran.

Mengapa jumlahnya sekadar satu gantang beras? Kerana Allah SWT memberi peluang kepada semua baik kaya atau miskin mampu menunaikan zakat ini. Lalu tidak dibebankan dengan syaratnya agar semua kita sama-sama berpeluang di dalam melatih diri kita melepaskan diri dari keterikatan harta yang sementara tidak kira si miskin atau si kaya.
Di bulan Syawal ini yang perlu kita nilaikan adakah diri sejati ini sentiasa dekat dengan Allah SWT…diri yang bertaqwa.

Di bulan kemenangan inilah kita mampu menilai jelas bagaimana diri kita menyambut hari kemenangan iaitu menang kerana berjaya kembali kepada fitrah. Bukan sebuah kemenangan kerana mampu berpuasa penuh. Atau menang kerana mampu menunaikan solat terawih cukup 30 malam. Atau menang kerana mampu menahan kehendak nafsu di siang hari namun di malamnya tidak ubah seperti sebelumnya.

Apalah makna kemenangan jika kita sekadar berjaya memungut sebanyak mungkin ganjaran Ramadhan sedangkan diri yang sejati masih tidak berubah. Apalah ertinya sebuah kemenangan jika kita masih lagi bersikap tamak, bakhil dan banyak yang tidak puas hati dengan ketentuan Allah SWT. Apalah ada dengan sebuah kemenangan fitrah jika kita merayakan kemenangan dengan sekadar kegembiraan namun tidak menyedari sebuah pengertian kemenangan ini.

Nanti tidak ubah jadinya sama seperti sekadar mengibar bendera Malaysia di musim kemerdekaan untuk menunjukkan kita ini cintakan negara. Sedangkan roh iaitu diri sejatinya entah ke mana.

Sama juga seperti hari raya Aidilfitri. Sekadar pemberian kad yang cantik atau ucapan dari mulut yang manis memohon maaf namun roh iaitu diri yang sejati entah ke mana.

Aidil Fitri atau perayaan fitrah iaitu kemenangan kita kembali kepada fitrah bersama ketaqwaan kepada Allah SWT dalam diri kita. Kita berpuasa…melatih melepaskan jiwa..diri sejati..roh..diri yang sebenar daripada kehendak (nafsu) jasad yang penuh dengan fikiran dan emosi. Kita tidak mahu lagi mengikut kehendak jasad tetapi kita ingin memimpin jasad ke arah yang diilhamkan oleh Allah SWT.

Diri sejati yang ditarbiyahkan dengan puasa dan zakat akan kembali kepada fitrah iaitu sentiasa ingin dekat dengan Allah SWT iaitu menjadi makhluk yang bertaqwa. Diri sejati yang tidak lagi berada di dalam emosi akan kembali memimpin emosi mengubah keberadaannya berada di atas emosi…di atas rasa.

Diri sejati ini yang berjaya kembali kepada fitrah tidak akan menyambut kemenangan dengan penuh pembaziran. Diri sejati tidak akan menyambut kemenangan dengan berpasang-pasang baju yang hanya tujuannya pasti tidak seiring dengan kehendak Ilahi. Diri sejati tidak akan menyambut kemenangan ini dengan maksiat hasil dari pergaulan bebas lelaki dan perempuan.

Diri sejati yang bertaqwa pasti sang jiwa yang sentiasa redha dengan kehendak Allah SWT dan redha dengan sesama makhluk. Apabila redha muncul di dalam jiwa, pasti tiada lagi rasa tinggi, ego, riak, takabur dan sifat mazmummah yang lain.
"Bangunkan emosi kita,bangunkan minda kita ke arah penghayatan yang sebenar"

Sunday, September 5, 2010

::Lagi-lagi Pasal Facebook::

Sebelum aku mengenali facebook dulu,jauh di sudut hati tersimpan hasrat ingin menjinakkan diri dgn laman sosial ni...Meskipun laman-laman seperti ini bukanlah menjadi minatku....Aku hanya melihat sahaja teman-temanku bersembang dan melayani kawan-kawan melalui laman ini.Sememangnya aku bukanlah jenis yang suka pada laman sosial sebegini.Laman-laman sebegini bukanlah menjadi hobiku,lantaran diri ini bukanlah dari katogeri yang pandai bersosial.Aku bukannlah seorang insan yang peramah sedari kecil lagi.Namun,setelah aku terpanggil untuk menyertai laman sosial sebegini,aku mula seronok bersosial....Aku gunakan wadah ini sebgai medan untuk mecari kawan-kawan yang telah terputus hubungan sekian lama,teman-teman sejawat waris-waris yang berada jauh di perantauan,teman-teman yang sama kursus,sebagai personal web yang paling simpledan mesra pengguna,menyebabkan aku mula menyukainya.....Sehari tak mengadap pc atau notebook,melayari laman ini,rasanya bagai ada sesuatu yang kurang dalam hidupku....
Namun,dalam keseronokan berfacebook,aku mula merasakan ada sesuatu jua yang kurang,yang telah aku tinggalkan....yakni masa.Masa yang sememangnya tidak boleh ditukar ganti dan dibayar dengan wang ringgit.Berapa jamkah sehari kita telah menggunakannya untuk melayan laman sosial ini???Sesekali ku fikirkan...rasa macam dah tak nak layan dah fb ni, menyampah sangat bila kenangkan sesuatu hal yang remeh pun dibincang dalam ni.Pun begitu,bila aku berdepan dengan urusan kerja yang sememangnya memerlukan aku menggunakan facebook,aku mula berfikir dua kali.FB oh FB...kaulah racun dan kaulah penawar....Sampai saat ini aku masih lagi ber facebook... .Apapun sama seperti fungsi pisau adalah digunakan untuk memotong.....Namun ada jua insan yang menggunakan pisau untuk tujuan membunuh....Di tangan kitalah letaknya fungsi pisau itu...

Friday, September 3, 2010

::Peringatan Buat Diriku Yang Alpa:: - Fb Oh Fb::

Sekadar renungan dan peringatan untuk diri sendiri dan dikongsi bersama rakan-rakan...

Dalam kita asyik melayan facebook,kita jua harus berhati-hati dan gunakan fb sebagai wadah untuk sama-sama mencari ilmu dan nasihat yang berguna....jangan jadikan fb sbg tempat untuk melontar kata-kata kesat,berkelahi atau membuka keburukan orang lain.Jua jangan sampai rumah tangga lintang-pukang dan kepada penjawat-penjawat awam,jangan hendaknya terlalu banyak menghabiskan masa di depan komputer atau notebook semata-mata bertanya khabar kawan,apa yg dibuat,apa yg dimasak,tentang anak-anak,suami,isteri,hingga mencuri masa bekerja kita semua....Sebaliknya jadikan fb ini ke arah kolaborasi dunia tanpa sempadan dengan penuh hikmah..kongsi apa-apa yg patut dan ingatlah :Fb adalah suatu rancangan Yahudi.....ikuti url ini:
Alat/Matatelinga Yahudi
Pesanan Untuk diriku yang sentiasa alpa....

::Pembangunan Rohani utk Bulan Ramadhan::

SANTAPAN ROHANI DI DALAM BULAN RAMADHAN

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين .

Seandainya peniaga mencari peluang atau musim baik untuk mendapat keuntungan besar dari perniagaannya , maka begitu juga bagi orang-orang mukmin dalam menyambut bulan Ramadhan sebagai musim yang teristimewa, mereka mempastikan perolehan pahala sebesar-besarnya daripada Allah dengan penuh yakin di mana Allah akan memberi gandaan pahala amalan-amalan baik yang dikerjakan di dalam bulan Ramadhan daripada sepuluh kali kepada tujuh ratus kali ganda pahala dan tidak terhingga lagi banyaknya.

Bagi memperolehi keuntungan yang besar ini, setiap orang mukminin di tuntut supaya memberi perhatian sewajarnya kepada perkara-perkara berikut,

1. Bulan Ramadhan musim mencari keuntungan pahala yang besar untuk akhirat sekali setahun.
2. Bulan Ramadhan musim pembebasan daripada neraka , musim pengampunan dosa terdahulu dan kemudian dan musim pintu syurga dibuka terusan.
3. Bulan Ramadhan musim memperdekatkan diri kepada Allah dengan melakukan amalan kebajikan dan ketaatan.
4. Bulan Ramadhan musim memperkayakan sifat-sifat mahmudah dan menghapuskan sifat-sifat mazmumah pada seseorang.
5. Bulan Ramadhan musim limpahan rahmat dan hidayat Al-Quran untuk manusia dan musim memperdekatkan diri secara sungguh-sungguh kepada Al-Quran (memabaca Al-Quran dan bertadarrus)

Sama-samalah kita berusaha memperolehi sebanyak-banyak keuntungan pahala di dalam bulan Ramadhan dengan amalan-amalan ketaatan kepada Allah. Risalah ini menghidangkan secebis panduan yang difikir berguna kepada kita semua untuk dimanafaatkan di sepanjang bulan Ramadhan AlMubarak.

ON9 BIZ

Ping Busuk