Tuesday, October 18, 2011

Juara Malaysia Cybergames Festival 2010 Peringkat Negeri Kelantan

30 Mei 2010-Suatu detik yang istimewa bagiku sebagai seorang GPB lantaran peserta yang aku bawa untuk menyertai "Malaysia Cybergames Festival 2010" yang julung-julung kalinya diadakan di bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan( BTPN ) telah membuahkan hasil yang sangat kubanggakan.
Setelah berusaha bertungkus lumus,bertarung dengan 29 buah sekolah dari seluruh negeri Kelantan,Pasukan Cyber Games Skkk1 telah dinobatkan senagai johan peringkat negeri Kelantan dengan pungutan markah sebanyak 35 000.Kemenangan ini merupakan suatu hadiah yang tidak terperi besarnya bagi setiap peserta yang merupakan pasukan Cybergames sekolah.Kesemua peserta telah dihantar dan dijemput oleh ibubapa masing-masing ke pertandingan itu dan dapat sama-sama berkongsi kemenangan
Pertandingan ini telah dianjurkan oleh Multimedia Development Corporation (MDeC) dengan kerjasama Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan, Jabatan Pelajaran Kelantan, Yayasan Islam Kelantan, PPAK dan beberapa agensi yang berkaitan ICT negeri kelantan.Kemenangan ini telah melayakkan pasukan Cybergames Skkk1 mewakili negeri Kelantan ke peringkat kebangsaan.Pertandingan bagi merebut juara kebangsaan akan dilangsungkan di Cyberjaya pada bulan September 2010 nantiTahniah buat peserta yang berjaya mengharumkan nama sekolah dan jangan lupa teruskan usaha,giatkan latihan di rumah maupun sekolah bagi menghadapi pertandingan peringkat kebangsaan nanti.
Para ibubapa dan murid-murid hendaklah sentiasa sedar bahawa tujuan festival ini adalah antara lain ,bagi menonjolkan imej positif terhadap permainan komputer di kalangan murid sekolah. Selain menikmati keseronokan bermain permainan komputer; murid, guru dan ibu bapa akan diberi pendedahan tentang kebaikan permainan komputer dalam proses pendidikan anak-anak. Maklumat ini penting kepada guru dan ibu bapa dalam memilih permainana komputer yang sesuai dengan murid dan anak-anak mereka.Semoga dengan kejayaan yang diperolihi ini akan lebih memberi insprisi kepada murid-murid dalam memilih permain berkomputer yang betul dan berunsur pendidikan.
Bergambar kenangan bersama para peserta sewaktu baru tiba......
Bergambar kenangan di atas pentas bersama Pengarah BTPN,Wakil Kerajaan Negeri kelantan,Wakil Pengarah JPN,dan Pengarah Cyberview

Sewaktu menerima hadiah .....Tahniah!!!
Imbas kembali....sengit bertarung merebut kejuaraan....

No comments:

Post a Comment

ON9 BIZ

Ping Busuk