Sunday, April 17, 2011

Gunakan Fring Untuk Panggilan Telefon Percuma


Anda ingin kongsi ??? sila layari website fring dan cubalah install ke hand phone anda....pasti anda dapat berhubung secara percuma dengan rakan-rakan anda yg mempunyai kemudahan wifi....cuba xplore ....

Wednesday, April 6, 2011

Salam Perpisahan....





31 March 2011 merupakan satu detik yang sangat pilu dan menyiat-yiat tangkai hatiku bila saat-saat yang tak ingin aku lalui,terpaksa jua aku tempuhi.Dalam masa yang tak sampai empat bulan sempat aku lalui alam kerja di sekolah baru bersama GB yang sangat aku sayangi....Bukan aku sorang saja yang merasai kehilangannya,malah seluruh warga Skkk2 melepaskan Tuan Hj.Che Zaudin ke alam persaraannya dengan hati yang amat berat.Aku mula melapor diri ke Skkk2 pada 11.1.11,suatu tarikh yang sangat aku banggakan dan kebanggaan ini aku berkongsi dengan rakan sejawatku,Cikgu Zuhari Muhammad yang jua melapor diri ke sekolah barunya pada detik yang sama.aku ke Skkk2 menggantikan kekosongan jawatan Guru Penyelaras Bestari yang telah dikosongkan oleh Cikgu Zuhari,lantaran memohon pertukaran ke Sk.Mulong 2 yang berhampiran dengan rumahnya.
Sempat merakam kenangan .....di bilik GB
Sepanjang bersama GB yang kami sayangi ini,aku dapat pelajari banyak perkara yang berguna daripada beliau.Aku dapat rasai bagaimana kepimpinan seorang ketua yang berjiwa rakyat,perihatin kepada para guru,murid-murid,ibubapa dan warga sekolah.secara jujur aku katakan,sepanjang aku bertugas lebih kurang 20 tahun,beliau merupakan Gb terbaik yang aku temui,selepas Cikgu Muhammad Ali dari Sk.Banggu pada tahun 1999.Cikgu Muhammad Ali mempunyai corak kepimpinan yang hampir sama dengan Tuan hj.Che Zaudin.Bentuk kepimpiunan yang diamalkan oleh oleh beliau menginsafkan aku....betapa seorang pemimpin perlu memahami perasaan dan jerih payah yang dilalui oleh orang-orang bawahan kita,jua penghargaan pada tiap apa yang telah disummbangkan oleh rakyat marhaen....Betapa corak kepimpinannya menginsafkan aku bahawa jika kita tinggalkan alam pekerjaan dengan jasa dan limpahan budi,maka untuk selamanya kita akan dikenangi oleh orang bawahan....jua kita akan mendapat doa daripada mereka.Corak kepimpinan sebegini patut dicontohi oleh para guru......Semoga Tuan Hj.Che Zaudin melalui alam persaraannya dengan penuh ketenangan dan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan hati yang sentiasa damai bersama keluarga tercinta.....Kenang kami semua dalam doa quddus Tuan Hj......

Monday, April 4, 2011

Siri Perkongsian Ilmu Ke dua



Para Guru Penyelaras Bestari merasakan perlunya duduk semeja dan berkongsi ilmu dan pengetahuan yang masing-masing diterokai.Ekoran daripada itu,kami telah bersepakat untuk bertemu buat kali ke dua.Dalam siri ke dua perkongsian ilmu ini telah diadakan di Sk.Kubang kerian 2.Ikutilah sedutannya daripada Blog Sk.kubang Kerian 2:

Perkongsian Ilmu GPB/GPICT telah diadakan di Makmal Komputer SKKK2 dengan jayanya. Setiap peserta yang hadir telah mencurahkan ilmu ICT dengan berkongsi-kongsi ilmu dengan peserta-peserta lainnya. Banyak pengetahuan baru telah diperolehi terutamanya penggunaan ZOHO oleh Cikgu Zuhari B.Mohamed dan Adobe Photoshop oleh Cikgu Wan Ramlah Bt.Daud dari Sk.Kubang Kerian 1.Terima kasih juga atas sumbangan ilmu oleh Muharowang (Cikgu Ropi Beris Panchor), Shakh Khairi dari Padang Mokan, Cikgu Zaidi SK Kbg Kerian 3, Cikgu Tengku Norsilawaty dan semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ilmu ini.

Majlis ilmu ini diadakan secara cukup santai dan peserta mengikutinya pun dengan penuh relaks dan santai.Walaupun pihak Kementerian Pelajaran Malaysia tidah dapat menyediakan badget makan minum peserta,namun berkat kerjasama yang padu daripada Guru Penyelaras Bestari,majlis ini terus berjalan dalam suasa yang cukup harmoni dan jelas mambayangkan betapa tingginya komitmen yang ditunjukkan oleh mereka dalam perkongsian ilmu ini.
Perkongsian Ilmu GPB/GPICT Siri ke 2 ini diadakan lanjutan drp siri perkongsian pertama yang diadakan di Sk.kubang Kerian 1 pada bulan Oktober 2009 lepas. Perkongsian Ilmu GPB/GPICT untuk siri-siri seterusnya akan diadakan pula di sekolah-sekolah lain pula mengikut permintaan ahli-ahli.Semoga perkongsian ini akan diteruskan lagi pada masa-masa mendatang.Semoga dunia pendidikan akan terus diwarnai dengan elemen-elemen ICT yang akan menceriakan dan mempertingkatkan proses P&P dalam merealisasikan pembudayaan ICT di sekolah-sekolah seluruh Malaysia.

Sesi Perkongsian Ilmu GPB-Guru Penyelaras Bestari

Guru-guru Penyelaras Bestari Sekitar Kota Bharu telah mengambil kata sepakat untuk sama-sama berkongsi ilmu.Bagi siri pertama perkongsian ilmu ini,satu kursus Pembinaan Blog Akademik telah diadakan di Sk.Kubang Kerian 1.Ikuti sedutan yang diambil daripada Blog Sk.kubang Kerian 1:

Tanggal 28 Oktober 2009 satu kursus Pembinaan Blog Akademik sekolah telah diadakan kepada guru-guru penyelaras ict JPN Kelantan.Penceramahnya adalah Puan Zuriah Bt.Mohamed,manakala fasilitatornya adalah En.Mohd Ropi B.Awang dan En.Sufian B.Mat Nawi.Para peserta terdiri daripada 28 buah sekolah sekitar JPN Kota Bharu.Semoga kursus dan bengkel sebegini akan lebih memantapkan lagi penguasaan ICT di kalangan guru-guru penyelaras ICT atau penyelaras bestari.Diharapkan dengan kursus ini juga guru-guru ict dapat berkoloborasi antara satu dengan yang lain demi memantapkan lagi pengurusan ict di sekolah masing-masing.....Terima kasih diucapkan kepada Unit ICT Akademik,puan Zuriah Mohamed yang sentiasa sudi menghulurkan sumbangan sama ada daripada segi ilmu pengetahuan dan juga perbelanjaan kursus.











Info Sekolah Bestari

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis daripada segi jasmani,emosi, rohani serta intelek (JERI) berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.Falsafah Pendidikan Kebangsaan, 1986
Sekolah Bestari ialah institusi pembelajaran yang direka semula daripada segi amalan pengajaran dan pembelajaran dan pengurusan sekolah bagi menyediakan kanak-kanak zaman maklumat. Perkara ini ditegaskan dalam TheSmart School Conceptual Blueprint :
"The Malaysian Smart School is a learning institution that has been systemically reinvented in terms or teaching-learning practices and school management in order to prepare children for the Information Age".Tun Dr.mahathir....
Institusi ini melengkapkan pelajar supaya boleh belajar sepanjang hayat kerana maklumat berubah dengan pesat pada zaman maklumat. Maka, dapatlah dirumuskan bahawa Sekolah Bestari di Malaysia merupakan institusi pembelajaran yang direka semula secara sistematik daripada segi amalan Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) dan pengurusan sekolah dengan tujuan untuk membantu kanak-kanak menghadapi zaman maklumat yang berasaskan dua perkara penting, iaitu Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan nilai-nilai murni serta kepakaran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Maksud amalan P & P direka semula dengan mengintegrasikan elemen-elemen Bestari iaitu kemahiran generik, pendekatan pembelajaran, strategi P & P serta gaya pembelajaran dan ICT dalam P & P. Integrasi kesemua elemen ini adalah bertujuan untuk menjadikan P & P lebih menarik , mencabar, berkesan dan seterusnya dapat mengembangkan potensi murid secara holistik dan bersepaduseperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Sekolah Bestari merupakan salah satu daripada tujuh Aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia (1997, 2003 dan 2005) yang terdiri daripada Kad Pintar SerbaGuna, Sekolah Bestari, Teleperubatan, Kerajaan Elektronik Jaringan Pengilangan Sedunia, Pemasaran Tanpa Sempadan serta Kelompok R & D. Koridor Raya Multimedia disambung kepada Global Information Superhighway bertujuan untuk:
* memperoleh maklumat secara visual, teks serta suara yang dihantar dengan
cepat dalam kuantiti yang tidak terbatas.
* menggerakkan pemindahan teknologi khususnya teknologi digital,menjadikan R & D sebagai satu budaya untuk penghasilan produk baru dan perkhidmatan yang berkualiti.
Dokumen rasmi yang menjadi dasar Sekolah Bestari ialah Smart School Flagship
Application: The Malaysian Smart School A Conceptual Blueprint oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (1977).

Friday, April 1, 2011

Hijrah


Pn.Zuriah semasa membuat pemantauan KSSR - TMK

Suasana pembelajaran TMK Tahun 1 di Makmal Komputer Skkk2

Memulakan kerjaya di tempat yang baru bukanlah sesuatu yang mudah.Meskipun pernah kita lalui semuanya itu baik di bangku sekolah atau pusat-pusat pengajian tinggi,namun apa yang pasti,sesuatu yang baru bagi kita memerlukan masa dan ruang untuk kita eksplore dan pelajari situasi dan persekitaran tempat yang dikira baru bagi kita.Dengan rakan-rakan yang baru,para pentadbir yang baru,jua murid-murid yang baru,menuntut secebis pengorbanan,apalagi tempat kerja yang khusus bagiku.Aku berhijrah ke Sk.Kubang Kerian 2 adalah atas dasar permohonan pertukaran setara,di mana di sekolah lamaku aku telah pun memegang jawatan sebagai Guru penyelaras ICT sejak tahun 2003 dan telah dinaik taraf sebagai Guru Penyelaras Bestari setelah sekolah mendapat peruntukan "Pusat Akses" yang mana telah dihantar seorang juruteknik komputer bagi membantu tugas-tugas Guru Penyelaras Bestari dalam melaksanakan tugasan sebagai perancang akademik berteraskan ICT dan ke arah pembestarian sekolah sejajar dengan 7 aplikasikasi koridoraya multimedia yang telah dilancarkan oleh Tun Dr.Mahathir Muhamad pada 1 Ogos 1966.
Dengan prasarana ICT yang disediakan seperti sebuah makmal komputer 2 tingkat,dilengkapkan dengan 43 buah komputer,termasuk komputer server,sebuah bilik ala-ala cyber cafe yang dilengkapkan dengan 10 buah komputer,maka aku perlu terlebih dahulu memantau sejauh manakah keaadan dan kondisi komputer serta peralatan-peralatan ICT yang lain di tempat baruku.Sk.Kubang Kerian 2 sebelum ini sudah mempunyai sseorang Guru Penyelas Bestari,iaitu En.Zuhari Muhamed.Beliau memohon bertukar kje SSk.Mulong 2 atas sebab-sebab keperluan keluarga.Daripada keperluan yang sama,maka aku mengambil keputusan untuk memohon pindah ke sini.Setelah melalui beberapa prosedur permohonan,maka tanggal 11.1.11 aku telah menerima memorendum pertukaran dalam daerah ke Sk.kubang kerian 2,manakala En.Zuhari Muhamed pula telah berjaya bertukar ke Sk.Mulong 2 yang berhampiran dengan rumahnya.Alhamdulillah ,permohonan kedua insan ini telah dimakbulkan Allah S.W.T.
Hijrah aku ke Skkk2,mudah-mudahan dipermudahkan oleh Allah dalam segala urusanku.Amanah yang diletakkan di bahuku bukanlah sesuatu yang kecil atau remeh.selain dari tugas-tugas core buisnesku sebagai guru,aku jua telah dipertanggungjawabkan untuk mengurus PnP berteraskan ICT dan mengurus prasarana ICt yang dibekalkan oleh kementerian Pelajaran Malaysia.Aku perlukan masa yang agak banyak untuk menyesuaikan diri dengan suasana yang baru ini.Alhamdulillah,sehingga hari ini aku telah mendapat sokongan yang padu daripada Tuan Guru Besar,Tn.Hj.Che Zaudin Che Ismail.Beliau sangat berharap agar dapat aku budayakan ICT di kalangan warga Skkk2 sebagaimana yang telah aku lakukan di Sk.Kubang Kerian 1 dahulu.Akan cuba kusahut seruan itu dengan hati yang terbuka dan memohon dari Allah Azzawajalla agar segala urusanku mendapat keredhaan dan rahmat dariNya........Ameen !!!

Detik Bersejarah: tanggal 11.1.11

Sedutan dari blog Skkk2.....Sk.Kubang kerian 2-11.1.11,suatu tarikh dan detik istimewa telah mengejutkan seluruh warga Skkk2 dengan penerimaan memo pertukaran Guru penyelaras Bestari,En.Zuhari B.Muhamed.Beliau telah berpindah ke Sk.Mulong 2.Gembira berbaur pilu,Cg.Zuhari menerima memo tersebut.Apa tidaknya,sudah lama beliau memohon pertukaran,namun baru tahun ini permohonan beliau berjaya.Pun begitu, di sebalik kegembiraan itu,terselit rasa pilu yang amat sangat.Sayu untuk meninggalkan rakan-rakan sekerja,para pentadbir ,murid-murid dan seluruh warga skkk2 yang sangat disayangi.Apa pun syabas dan tahniah kami ucapkan di atas kejayaan ini.
Beliau telah digantikan oleh Puan Wan Ramlah Bt.Daud,dari Sk.Kubang Kerian 1.Puan Wan Ramlah telah melapor diri ke Skkk2 jua pada tarikh 11.1.11.Detik ini akan menjadi suatu kenangan buat ke dua-dua personal ini dan juga kepada dua buah sekolah.Selamat datang diucapkan kepada Puan Wan Ramlah.Semoga anda selesa di sini dan sama-sama bergabung tenaga dan usaha ke arah menggemilangkan dan memartabatkan Skkk2 di persada pendidikan......"Selamat menjalankan tugas di sekolah baru "kami ucapkan buat Cikgu Zuhari dan jangan lupa kami di sini.Satu pesan kami di sini buat Cikgu Zuhari:...."Di mana bumi dipijak,di situ langit dijunjung.......Bila burung kembali ke sarang,berceritalah tentang kehebatan lama punye sarang......khabarkan yang baik-baik..tutupkan yang aib-aib... :)".Terima kasih yang tidak terhingga pihak Skkk2 ucapkan di atas jasa dan bakti yang telah anda taburkan buat Skkk2,sepanjang anda berada di sini.Mohon maaf di atas segala kesilapan atau terkasar bahasa yang telah kami lakukan sama ada dalam sedar atau alpa.

Cg.zuhari sedang menerima memorandum pertukaran daripadaTuan Guru Besar
GB sedang meneliti memo....
Bergambar kenangan sebelum berpisah.....
Puan Wan Ramlah sedang melapor diri di Skkk2 pada tarikh:11.1.11.....selamat bertugas :)  

ON9 BIZ

Ping Busuk