Tuesday, October 18, 2011

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Wujudnya Salah Tafsiran Dalam Sesuatu Peristiwa Bahasa.

1.Intonasi

Intonasi ialah naik turun nada suara yang wujud apabila kita bercakap. Dalam percakapan seharian,kita semestinya menggunakan pelbagai nada dan jeda suara.Nada suara yang digunakan tidak mungkin hanya mendatar, Ianya terkeluar secara berbeza-beza, ada kalanya meninggi dan ada kalanya merendah. Satu ciri utama penuturan manusia ialah sifat nada suara yang sentiasa berubah-ubah, yang mencerminkan maksud isi percakapan dan emosi ketika bercakap. Intonasi penting dalam tatabahasa Bahasa Melayu kerana peranannya dalam membezakan bahagian-bahagian subjek dan predikat.

Contoh ayat:

1.Cantik ! muka awak!

Jika perkataan cantik diujarkan dengan nada yang biasa atau rendah,ianya akan membawa makna bahawa muka awak adalah cantik.Manakala bila perkataan cantik muka awak!!!!!….diujarkan dalam nada yang tinggi,akan membawa makna yang berbeza.

2.Rosnah! baldi !

Jika diteliti ujaran ini makna yang hendak disampaikan ialah “Rosnah, tolong ambilkan baldi itu.”Baldi yang dimaksudkan itu mungkin baldi yang hampir jautuh ke dalam longkang bergantung kepada ujaran itu dilafazkan.Konteks memainkan peranan penting untuk menghilangkan kekaburan dan ketidakjelasan makna . Intonasi dan nada memainkan peranan yang penting dalam pengucapan kita.Seandainya intonasi dan nada yang digunakan tidak seiring dan betul , akan menimbulkan masalah kepada pemberi maklumat tersebut.

2.Pengaruh dialek

Ayat yang diucapkan oleh penutur di Malaysia berbeza-beza daileknya. Sesuatu bahasa tabi tidak pernah seragam. Bagi sesuatu perkataan, bunyi atau ayat tertentu, penutur yang berbagai-bagai akan mengucapkan bentuk atau pengwujudan dari perkataan, bunyi atau ayat itu dengan berbagai-bagai cara. Jika ini kita dapat perhatikan pada ujaran dua atau tiga orang penutur, apatah lagi ribuan atau jutaan penutur dalam satu masyarakat bahasa tertentu. Perbezaan-perbezaan dalam pengwujudan sesuatu bahasa tertentu seperti yang dikatakan itu, melahirkan kelainan-kelainan bagi bahasa tersebut, dan kelainan inilah yang disebut dialek atau loghat. Dalam perkataan lain, sesuatu bahasa itu tidak dapat lari dari dicirikan oleh dialek: dua,tiga atau pun jauh lebih banyak dari itu. Misalnya Bahasa Melayu/Malaysia mempunyai berbagai-bagai dialek seperti dialek Kedah, dialek Johor, dialek Kelantan, dialek Sarawak dan seterusnya. Tiap-tiap dialek itu mempunyai sifat-sifatnya tersendiri yang membezakannya dari dialek-dialek lain. Perbezaan diantara dialek-dialek itu boleh dilihat dari dua sudut, iaitu sistem bahasa dan kawasan penyebarannya.

Contoh ayat dialek Kelantan.

“buko la kaing tuh ambo nok tengok patat dia…lagu mano,comey ko dok nyoh”.

Patat membawa maksud dasar. Satu lagi maksudnya ialah bahagian latar kain sarung. Jika ayat ini digunakan di negeri Perak ia akan menimbulkan salah tafsiran dan menyebabkantimbul prasangka atau perbalahan. Patat bagi negeri Perak membawa maksud punggung.

3 Pengaruh bahasa slanga...

Sudah dibincangkan dalam bab khsus.....

4 Masalah alat artikulasi

Masalah artikulasi atau gangguan artikulasi adalah pengeluaran bunyi-bunyi pertuturan yang abnormal, sehingga menyebabkan percakapan menjadi tidak tepat atau percakapan yang tidak sesuai. Masalah artikulasi terdiri daripada perkara-perkara seperti penggantian,pengguguran pengubahan, dan penambahan.Penggantian bunyi terjadi apabila bunyi tertentu dalam sesuatu perkataan digantikan dengan bunyi yang lain,misalnya

” wabbit” untuk “rabbit”. “malan” untuk “makan”” dua belah” untuk “dua belas”.

5 Diklesia

Diklesia berasal dari perkataan Yunani iaitu "DYN" bermakna susah, dan "LEXIA" bermakna tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.Mereka yang mempunyai Disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang dengan disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan orang lain dengan disleksia.

Misalnya, kekeliruan dalam membunyikan huruf seperti: t – h f – v

Peristiwa bahasa yang berlaku akan memberikan impak yang mendalam mereka yang mengalami situasi tersebut.. Sekiranya berlaku salah tafsiran dalam memahami konteks dan makna akan menimbulkan keadaan yang tidak menyenangkan dikalangan mereka. Dalam hal ini, (1953), ahli falsafah yang terkenal, pernah menegaskan bahawa ‘makna kata tidak dapat diketahui kecuali dilihat dalam penggunaannya atau dalam konteks penggunaannya’. Ullmann (1954) juga sependapat dengan berhujah bahawa makna perkataan hanya dapat ditentukan berdasarkan penelitiaan terhadap penggunaannya. Konteks merupakan faktor penting untuk menghilangkan kekaburan atau ketidakjelasan makna sebarang ujaran dan tulisan.

No comments:

Post a Comment

ON9 BIZ

Ping Busuk