Friday, April 1, 2011

Hijrah


Pn.Zuriah semasa membuat pemantauan KSSR - TMK

Suasana pembelajaran TMK Tahun 1 di Makmal Komputer Skkk2

Memulakan kerjaya di tempat yang baru bukanlah sesuatu yang mudah.Meskipun pernah kita lalui semuanya itu baik di bangku sekolah atau pusat-pusat pengajian tinggi,namun apa yang pasti,sesuatu yang baru bagi kita memerlukan masa dan ruang untuk kita eksplore dan pelajari situasi dan persekitaran tempat yang dikira baru bagi kita.Dengan rakan-rakan yang baru,para pentadbir yang baru,jua murid-murid yang baru,menuntut secebis pengorbanan,apalagi tempat kerja yang khusus bagiku.Aku berhijrah ke Sk.Kubang Kerian 2 adalah atas dasar permohonan pertukaran setara,di mana di sekolah lamaku aku telah pun memegang jawatan sebagai Guru penyelaras ICT sejak tahun 2003 dan telah dinaik taraf sebagai Guru Penyelaras Bestari setelah sekolah mendapat peruntukan "Pusat Akses" yang mana telah dihantar seorang juruteknik komputer bagi membantu tugas-tugas Guru Penyelaras Bestari dalam melaksanakan tugasan sebagai perancang akademik berteraskan ICT dan ke arah pembestarian sekolah sejajar dengan 7 aplikasikasi koridoraya multimedia yang telah dilancarkan oleh Tun Dr.Mahathir Muhamad pada 1 Ogos 1966.
Dengan prasarana ICT yang disediakan seperti sebuah makmal komputer 2 tingkat,dilengkapkan dengan 43 buah komputer,termasuk komputer server,sebuah bilik ala-ala cyber cafe yang dilengkapkan dengan 10 buah komputer,maka aku perlu terlebih dahulu memantau sejauh manakah keaadan dan kondisi komputer serta peralatan-peralatan ICT yang lain di tempat baruku.Sk.Kubang Kerian 2 sebelum ini sudah mempunyai sseorang Guru Penyelas Bestari,iaitu En.Zuhari Muhamed.Beliau memohon bertukar kje SSk.Mulong 2 atas sebab-sebab keperluan keluarga.Daripada keperluan yang sama,maka aku mengambil keputusan untuk memohon pindah ke sini.Setelah melalui beberapa prosedur permohonan,maka tanggal 11.1.11 aku telah menerima memorendum pertukaran dalam daerah ke Sk.kubang kerian 2,manakala En.Zuhari Muhamed pula telah berjaya bertukar ke Sk.Mulong 2 yang berhampiran dengan rumahnya.Alhamdulillah ,permohonan kedua insan ini telah dimakbulkan Allah S.W.T.
Hijrah aku ke Skkk2,mudah-mudahan dipermudahkan oleh Allah dalam segala urusanku.Amanah yang diletakkan di bahuku bukanlah sesuatu yang kecil atau remeh.selain dari tugas-tugas core buisnesku sebagai guru,aku jua telah dipertanggungjawabkan untuk mengurus PnP berteraskan ICT dan mengurus prasarana ICt yang dibekalkan oleh kementerian Pelajaran Malaysia.Aku perlukan masa yang agak banyak untuk menyesuaikan diri dengan suasana yang baru ini.Alhamdulillah,sehingga hari ini aku telah mendapat sokongan yang padu daripada Tuan Guru Besar,Tn.Hj.Che Zaudin Che Ismail.Beliau sangat berharap agar dapat aku budayakan ICT di kalangan warga Skkk2 sebagaimana yang telah aku lakukan di Sk.Kubang Kerian 1 dahulu.Akan cuba kusahut seruan itu dengan hati yang terbuka dan memohon dari Allah Azzawajalla agar segala urusanku mendapat keredhaan dan rahmat dariNya........Ameen !!!

No comments:

Post a Comment

ON9 BIZ

Ping Busuk