Monday, February 27, 2012


Tanggal 21 Feb 2012-Satu PKG Kota Mesyuarat Pengurusan Guru Penyelaras Bestari
(GPB) / GICT Kali 1/2012 telah diadakan di PKG Kota>Mesyuarat bermula jam 2.00 petang bertempat di bilik mesyuarat,PKG Kota.Ianya telah dipengurusikan oleh Pegawai Teknologi Pendidikan 1 PKG Kota, En.Mohd Faizal b. Md.Noor. Turut hadir dalam mesyuarat kali ini Pegawai Teknologi Pendidikan 2 yang baru,En.Mohd Khairul Anuar b. Husin dan Juruteknik Komputer, Mohd Sharmi b. Mohamad Salleh.
Antara agenda mesyuarat yang dibentangkan adalah mengenai aktiviti ICT PKG Kota
sepanjang tahun 2012 iaitu pemantauan ICT, bengkel ICT, pencapaian aplikasi online
(SPPICTS & SSQS), projek makmal bahasa MBMMBI, khidmat bantu ICT, pengisian STS untuk
penyelenggaraan peralatan ICT sekolah, perolehan baru komputer makmal, projek penggantian
komputer makmal HP multiseat, 1Bestari Net dan karnival pembestarian peringkat negeri
kelantan 2012.
Selain perbentangan aktiviti PKG Kota 2012, isu-isu lain juga turut disentuh dalam
mesyuarat ini. Antaranya ialah kesahihan pengisian data SPPICTS yang diisi oleh GPB ,
pengisian laporan kerosakan peralatan ICT sekolah dalam STS, cara pelupusan peralatan ICT
sekolah serta hal-hal lain. Borang-borang berkaitan aktiviti turut diagihkan kepada GPB untuk
tindakan segera.
Diakhir mesyuarat, En.Faizal mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua GPB
kelompok PKG Kota diatas sokongan yang diberikan sepanjang tahun 2011 dan mengharapkan
kerjasama yang sepenuhnya daripada semua dalam usaha meningkatkan kecekapan dan

memperkasa PKG Kota supaya menjadi PKG nombor 1 di Kelantan. Mesyuarat telah berakhir pada jam 4.30 petang dan semua guru yang hadir disajikan dengan minum petang


No comments:

Post a Comment

ON9 BIZ

Ping Busuk